SARA BANTUAN 2026 – SEMAK KELAYAKAN BANTUAN RM200 SEBULAN BAGI KETUA ISI RUMAH

SARA BANTUAN 2026 – SEMAK KELAYAKAN BANTUAN RM200 SEBULAN BAGI KETUA ISI RUMAH

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu ketua isi rumah berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup. Bantuan ini disalurkan secara bulanan melalui sistem MyKad bagi memudahkan urusan pembelian barangan keperluan asas.

Dengan jumlah bantuan sehingga RM200 sebulan, penerima dapat mengurus perbelanjaan dengan lebih teratur. Oleh itu, penting untuk menyemak kelayakan dan memahami cara bantuan SARA ini digunakan.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

BILA TARIKH BANTUAN SARA DISALURKAN?

Bayaran bantuan SARA dilaksanakan mengikut jadual rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan. Kebiasaannya, bayaran akan dikreditkan pada awal setiap bulan ke dalam MyKad penerima. Bagi tahun 2026, bayaran permulaan telah dilaksanakan mengikut ketetapan semasa:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang
BILA TARIKH BANTUAN SARA 2026 DISALURKAN

APA SYARAT BANTUAN SARA?

Kelayakan bantuan SARA 2026 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria khusus bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Syarat ini melibatkan kategori penerima serta maklumat yang direkodkan dalam sistem bantuan kerajaan. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN DIKREDITKAN?

Penerima yang layak akan menerima bantuan mengikut kategori masing-masing, iaitu antara:

  • RM50 hingga RM200 sebulan
BERAPA JUMLAH BANTUAN DIKREDITKAN
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
  • RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar
BERAPA JUMLAH BANTUAN DIKREDITKAN
Jumlah Bantuan SARA eKasih

BANTUAN SARA SEMAKAN STATUS

Semakan status bayaran SARA boleh dilakukan secara dalam talian melalui:

  • Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my
  • Laman rasmi SARA di sara.gov.my

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:

  • Hotline STR: 1-800-88-2747
  • MyKasih: 03-7720 1800

Langkah semakan:

BANTUAN SARA SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
PORTAL MYSTR

BANTUAN SARA SEMAKAN STATUS MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
    • Semakan status kelayakan SARA
    • Tarikh bayaran
    • Semakan baki bantuan SARA
BANTUAN SARA SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Langkah-langkah:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Status Bantuan SARA Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan SARA MyKasih masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD?

Penerima boleh menyemak baki kredit bantuan melalui saluran rasmi yang disediakan. Langkah ini penting bagi memastikan baki mencukupi sebelum membuat pembelian. Berikut perinciannya:

  • Semak Bantuan SARA melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

CARA GUNA MYKAD UNTUK PEMBELIAN

Penggunaan bantuan SARA boleh dilakukan secara cashless menggunakan MyKad di kaunter pembayaran. Langkah penggunaan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk IC untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status IC penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna IC
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA MYKAD UNTUK PEMBELIAN

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah semua ketua isi rumah layak menerima bantuan ini?

Tidak, hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan tertentu sahaja.

Bolehkah bantuan digunakan untuk semua jenis pembelian?

Tidak, hanya barangan keperluan asas yang diluluskan.

Bolehkah bantuan dihentikan selepas diluluskan?

Ya, jika tidak lagi memenuhi syarat kelayakan.

Bagaimana jika tidak tahu status kelayakan?

Perlu membuat semakan melalui portal rasmi.

Bolehkah bantuan digunakan di luar kawasan tempat tinggal?

Boleh, selagi di premis yang mengambil bahagian.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi SARA Bantuan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]
  • Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment