PENDIDIKAN PERCUMA PTPTN – BELANJAWAN 2026
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperkenalkan inisiatif Pendidikan Percuma PTPTN sebagai langkah membebaskan mahasiswa daripada beban pinjaman pendidikan. Melalui program ini, sejumlah peminjam PTPTN dari keluarga kurang berkemampuan akan bebas dari pinjaman mereka yang ditukar menjadi biasiswa sdan tidak perlu membuat pembayaran balik. Inisiatif ini seiring dengan usaha kerajaan menjadikan pendidikan tinggi lebih inklusif dan adil kepada semua lapisan masyarakat.
BACA JUGA: BANTUAN LAPTOP SISWA JOHOR 2025 : SEMAK PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN
PENDIDIKAN PERCUMA PTPTN
Pendidikan Percuma PTPTN adalah program di mana pinjaman PTPTN kepada pelajar yang layak akan ditukarkan menjadi biasiswa bagi memastikan mereka tidak perlu menanggung bayaran balik selepas tamat pengajian.
- Kerajaan mengumumkan bahawa sebanyak 5,800 pelajar daripada keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di IPTA akan mendapat manfaatnya, dengan peruntukan tahunan sebanyak RM120 juta.
- Selain itu, graduan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana juga layak pengecualian bayaran balik PTPTN, melibatkan sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan tahunan sebanyak RM90 juta.

SYARAT KELAYAKAN PENDIDIKAN PERCUMA PTPTN
Pelajar perlu memenuhi beberapa syarat asas sebelum memohon. Antara syarat-syaratnya ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Tamat pengajian di IPT tempatan yang diiktiraf kerajaan.
- Memperoleh kelas pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Pinjaman dibuat sepenuhnya dengan PTPTN.
- Permohonan dihantar dalam tempoh ditetapkan selepas tamat pengajian.
CARA MOHON PENDIDIKAN PERCUMA PTPTN
Permohonan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi PTPTN. Langkah-langkah permohonan seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
- Log masuk ke akaun peminjam.
- Pilih menu “Pengecualian Bayaran Balik”.
- Muat naik transkrip dan surat pengesahan kelas pertama.
- Hantar permohonan untuk semakan.
JUMLAH PINJAMAN YANG DIKECUALIKAN
Graduan yang layak akan menikmati pengecualian penuh pinjaman pendidikan.
- 100% pinjaman PTPTN dikecualikan.
- Tiada caj tambahan dikenakan selepas diluluskan.
- Graduan boleh menumpukan kepada kerjaya dan kehidupan selepas belajar.
MANFAAT DASAR PENDIDIKAN PERCUMA PTPTN
Langkah ini memberi manfaat besar kepada pelajar dan negara. Antara manfaatnya adalah:
- Mengurangkan beban kewangan graduan.
- Meningkatkan motivasi belajar.
- Melahirkan tenaga kerja berilmu dan berdaya saing.
- Menyokong usaha kerajaan ke arah pendidikan berkualiti untuk semua.

*FAKTA TAMBAHAN BELANJAWAN 2026
Inisiatif ini sebahagian daripada tumpuan utama Belanjawan 2026 dalam sektor pendidikan.
- Dana tambahan disalurkan kepada PTPTN bagi pelaksanaan lancar.
- Dijangka lebih 15,000 pelajar menerima manfaat setiap tahun.
- Selaras dengan agenda Malaysia Madani Pendidikan.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak, hanya IPT tempatan diiktiraf kerajaan.
Tidak, perlu mohon melalui portal PTPTN.
Kebiasaannya dalam 60 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
Ya, rayuan dibenarkan dengan dokumen tambahan.
Selepas menerima keputusan rasmi pengajian.
Tidak, hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Tidak, hanya graduan kelas pertama diberi pengecualian.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Pendidikan Percuma PTPTN ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai rancangan tahunan Belanjawan 2026 dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
- Hotline: 03-2193 3000
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/