CARA CHECK STR FASA 4 2025 – SEMAK KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
STR Fasa 4 2025 kini boleh di check secara rasmi melalui portal MySTR bagi semua penerima isi rumah, bujang dan warga emas. Semakan ini penting bagi memastikan status kelayakan dan jumlah bayaran yang akan diterima mengikut kategori masing-masing. Cara untuk check STR juga telah dipermudahkan dengan panduan atas talian yang mesra pengguna. Bantuan ini menjadi antara inisiatif utama kerajaan bagi menyalurkan bantuan tunai secara langsung kepada rakyat yang memerlukan.
BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Pemohon STR perlu memenuhi kelayakan tertentu sebelum layak menerima bantuan tunai ini. Ini syarat yang mesti dipenuhi oleh pemohon:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Penjelasan: Pelajar bujang berumur 21 tahun ke atas dan OKU 19 tahun ke atas yang masih menuntut sepenuh masa di IPTA/IPTS tidak boleh memohon kategori bujang. Mereka hanya layak disenaraikan dalam tanggungan isi rumah.
BILA TARIKH STR FASA 4 AKAN DIKREDITKAN?
Kerajaan mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 4 2025 akan dikreditkan lebih awal bermula 18 Oktober 2025 bersempena sambutan Deepavali, seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2026. Butiran lengkap tarikh bayaran mengikut fasa boleh dirujuk dalam jadual di bawah:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | 18 OKTOBER |

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2025 YANG DISALURKAN?
Bagi Fasa 4 STR, kadar bayaran ditetapkan antara RM150 hingga RM700, tertakluk kepada kategori penerima. Maklumat lanjut mengenai jumlah bayaran boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR DIAGIHKAN?
Cara pengagihan bayaran STR Fasa 4 dilakukan berdasarkan jenis penerima. Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing. Manakala, penerima tanpa akaun bank boleh mengambil bayaran secara tunai di kaunter BSN. Check perincian lanjut tentang cara bayaran STR seperti berikit:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
CARA CHECK STATUS STR
Status Bantuan STR Fasa 4 boleh di check dengan cara melayari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Log masuk akaun MySTR dan pilih menu Semakan Status. Sebarang bantuan boleh diperoleh melalui Hotline BKK: 1-800-88-2747. Bagi memastikan maklumat STR anda terkini, log masuk ke akaun MySTR sebelum membuat semakan atau kemas kini. Ini langkah daftar akaun baru MySTR:
- Layari Portal Rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA CHECK STR
Tidak. Penerima perlu kemaskini maklumat atau buat permohonan baru mengikut jadual ditetapkan.
Kad pengenalan, slip gaji (jika ada), sijil nikah, sijil lahir anak, dan dokumen sokongan lain.
Ya, boleh log masuk portal MySTR menggunakan telefon bimbit dengan capaian internet.
Tidak. STR hanya untuk penerima berdaftar sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Check STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]