TARIKH MASUK BANTUAN STR FASA 3 – SEMAKAN ONLINE 2025
Ramai rakyat Malaysia kini sedang menantikan tarikh masuk Bantuan STR Fasa 3 bagi tahun 2025 yang diumumkan di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2025, yang menekankan usaha menangani kos sara hidup dan membantu golongan B40 serta M40. Seperti sebelum ini, pembayaran STR diagihkan secara berperingkat bagi memastikan pengurusan lebih teratur dan tersasar kepada mereka yang layak.
Bilakah tarikh masuk bantuan STR Fasa 3? Ikuti artikel ini untuk segala info lengkap yang telah disediakan.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS STR 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Hanya pemohon yang memenuhi syarat tertentu sahaja layak menerima bantuan ini. Berikut adalah antara syarat mengikut kategori permohonan:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Pembayaran Bantuan STR dilaksanakan melalui dua cara utama, disesuaikan mengikut jenis penerima seperti berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Setiap penerima akan menerima jumlah bantuan berbeza mengikut kategori kelayakan mereka. Lihat jadual di bawah untuk butiran lengkap jumlah bantuan yang layak diterima:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| <RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| <RM2500 | RM600 |
SEMAKAN BANTUAN STR FASA 3
Semakan status bantuan STR Fasa 3 boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL STR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
TARIKH MASUK BANTUAN STR FASA 3
Bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat fasa utama. Penerima kini menunggu pengesahan rasmi daripada pihak kerajaan mengenai tarikh pembayaran bagi Fasa 3. Lihat jadual berikut untuk maklumat lengkap:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemas kini berdasarkan pengumuman rasmi kerajaan. Rekod tahun 2024 menunjukkan bayaran Fasa 3 dibuat antara akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ).
RUJUKAN
Panduan bagi Tarikh Masuk Bantuan STR Fasa 3 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]