BANTUAN BARANG DAPUR – SARA MYKASIH 2025
Bantuan barang dapur merupakan salah satu inisiatif pihak Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi program SARA Mykasih 2025. Melalui SARA MyKasih, penerima bantuan akan menerima bayaran bulanan ke dalam MyKad secara cashless yang boleh digunakan untuk membeli barangan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih. Inisiatif ini diteruskan dalam Belanjawan 2025, di mana kerajaan menambah baik jumlah penerima dan nilai bantuan agar lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat secara menyeluruh.
Bagaimanakah cara semak kelayakan untuk dapatkan Bantuan Barang Dapur? Ikuti artikel ini untuk maklumat yang lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAK BARANGAN SARA MYKASIH : (2025) CHECK SENARAI TERKINI DAN CARA TEBUS
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR
Untuk melayakkan diri menerima bantuan, pemohon mestilah memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
- Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan. Atau;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
TARIKH BAYARAN BANTUAN BARANG DAPUR
Bayaran Bantuan Barang Dapur akan dibuat mengikut tarikh yang berbeza berdasarkan kategori kelayakan penerima seperti yang tertera di bawah:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
JUMLAH BAYARAN BANTUAN BARANG DAPUR
Individu yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai terus ke dalam MyKad dengan jumlah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jadual di bawah menunjukkan kategori serta jumlah bantuan masing-masing:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
SENARAI BARANGAN ASAS SARA MYKASIH
Mulai 1 Mei 2025, senarai produk kebersihan rumah telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan barangan asas yang boleh dibeli oleh penerima yang layak sebanyak 14 kategori. Jadual di bawah menunjukkan kategori barangan beserta contoh jenama bagi memberi gambaran lebih jelas:

| KATEGORI BARANGAN | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| BARANGAN PERSEKOLAHAN | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
| PRODUK KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |
SENARAI KEDAI RAKAN SARA MYKASIH
Untuk kemudahan penerima, pembelian boleh dibuat di kedai atau pasar raya rakan niaga MyKasih berdekatan seperti yang tertera di bawah:
- Pasar Raya Besar / Nasional:
- Mydin
- Econsave
- Lotus’s
- Giant
- AEON Big
- The Store
- 99 Speedmart
- TF Value Mart
- Billion
- Pasar Mini / Runcit / Lain-lain:
- KK Super Mart
- BS Freshmart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Sakan
- U Sentral Market
- Pasaraya Top Ten
- Hi Way Mart
NOTA TAMBAHAN: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SEMAKAN STATUS BANTUAN BARANG DAPUR
Semakan status Bantuan Barang Dapur boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua platform rasmi. Panduan penuh serta pautan portal disertakan di bawah:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan Barang Dapur ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]