EKASIH SEMAKAN RM200 – (2025) SEMAK ONLINE STATUS KELAYAKAN
Golongan B40 yang tersenarai dalam sistem eKasih adalah antara penerima utama bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih bagi tahun 2025. Menerusi inisiatif ini, mereka yang layak akan menerima jumlah bantuan bulanan berbeza bergantung kepada kategori penerima – isi rumah, warga emas dan bujang. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk cashless (tanpa tunai) dan pembelian barangan asas boleh dilakukan di pasar raya terpilih melalui sistem MyKasih. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan terus memberi keutamaan kepada isu kenaikan kos sara hidup dan memperluas program bantuan untuk rakyat berpendapatan rendah.
Bagaimanakah cara membuat semakan status bantuan eKasih RM200 ini? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: CHECK BANTUAN RM100 DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH RM200
Untuk melayakkan diri menerima bantuan eKasih RM200, pemohon mestilah memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan bulanan di bawah RM5000.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data eKasih.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN EKASIH
Setiap penerima bantuan eKasih akan mendapat jumlah berbeza yang dimasukkan terus ke dalam MyKad mereka berdasarkan kategori kelayakan. Berikut adalah jadual bagi kategori penerima B40 dan jumlah bantuan yang diperuntukkan:
| KATEGORI PENERIMA B40 | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun |
| BUJANG | RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN EKASIH RM200
Bantuan eKasih berjumlah RM200 hanya untuk penerima kategori isi rumah. Ia dibayar kepada penerima yang layak bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025. Berikut disertakan jadual bayaran sebagai gambaran lebih jelas:
| PENERIMA B40 | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | Januari – Mac (RM100 sebulan) April – Disember (RM200 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | Januari – Mac (RM100 sebulan) April – Disember (RM150 sebulan) |
| BUJANG | Januari – Disember (RM50 sebulan) |
CARA GUNA BANTUAN EKASIH
Penerima bantuan disarankan mengikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan bantuan eKasih yang telah dimasukkan ke dalam MyKad secara tanpa tunai:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
EKASIH SEMAKAN RM200
Semakan status bantuan eKasih RM200 boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua platform rasmi. Panduan penuh serta pautan portal disertakan di bawah:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan (contoh: RM100 Januari–Mac).
RUJUKAN
Panduan bagi eKasih Semakan RM200 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]