SEMAKAN STR 2025 : ( FASA 3) CHECK ONLINE PENERIMA RM1650 & RM600
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif utama kerajaan di bawah Belanjawan 2025 yang terus memfokuskan kepada kebajikan rakyat khususnya golongan B40 dan M40. Golongan isi rumah dan warga emas serta bujang M40 layak menerima bantuan antara RM1250 dan RM600 bagi kategori masing-masing. Dalam belanjawan kali ini, kerajaan memperuntukkan dana besar bagi memastikan bantuan bersasar sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Bagaimanakah cara membuat semakan STR 2025? Artikel di bawah akan membantu anda membuat semakan terkini serta segala info lengkap yang telah disediakan.
BACA JUGA: CHECK STATUS BANTUAN STR TERKINI
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memastikan penerima bantuan STR 2025 adalah yang benar-benar layak. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori pemohon ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Nota Tambahan: Kategori bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Penerima bantuan STR 2025 akan menerima jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
- PENERIMA B40 (PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM2500)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM1000 |
| 1-2 ANAK | RM1500 |
| 3-4 ANAK | RM2000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM2500 |
- PENERIMA M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| TANGGUNGAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| TIADA ANAK | RM500 |
| 1-2 ANAK | RM750 |
| 3-4 ANAK | RM1000 |
| 5 ANAK KE ATAS | RM1250 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM5000 | RM600 |
- BUJANG
| PENDAPATAN BULANAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| BAWAH RM2500 | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Bantuan STR akan disalurkan melalui 2 cara yang mudah bagi melancarkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima terlibat seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
Bantuan STR 2025 disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya di mana bayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah selesai. Penerima bantuan perlu menanti pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Menurut rekod tahun sebelumnya, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal bulan September. – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
SEMAKAN BANTUAN STR 2025
Semakan status terkini bantuan STR 2025 boleh dibuat secara atas talian (online). Berikut disertakan panduan lebih terperinci untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYSTR
- Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semakan STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email: [email protected]