TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025

TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025

Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan STR Fasa 4 tahun 2025 bagi membantu rakyat yang layak menerima bantuan tunai. Bayaran ini menjadi sebahagian daripada kesinambungan fasa terdahulu dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara. Langkah ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup isi rumah B40 dan M40.

Tarikh bayaran STR Fasa 4 amat penting untuk disemak agar penerima mengetahui bila wang bantuan dikreditkan ke akaun masing-masing. Semua info penting ada dalam artikel ini.

BACA JUGA: STR LOGIN FASA 4 : (2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Supaya bantuan STR sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan, terdapat syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi mengikut kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Penting: Individu bujang yang masih dalam pengajian IPTA/IPTS tidak layak memohon sebagai pemohon bujang. Sebaliknya, mereka perlu dimasukkan dalam maklumat tanggungan permohonan isi rumah.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN

STR Fasa 4 menetapkan kadar bayaran berbeza bagi setiap kategori penerima, bermula dari RM150 sehingga RM700. Jadual berikut menunjukkan jumlah bantuan mengikut kategori yang layak:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

CARA BAYARAN STR FASA 4 DISALURKAN

Pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat mengikut jenis penerima, sama ada melalui kredit akaun bank atau bayaran tunai di BSN. Perincian lanjut adalah seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4

Semakan status STR Fasa 4 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sila pilih menu Log Masuk MySTR dan klik Semakan Status. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut adalah langkah-langkah lengkap semakan:

  1. Buka laman rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Log Masuk].
    • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
    • Tekan [Ya] sekiranya betul.
  5. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  6. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  7. Klik pada butang [Semakan 2025].
    • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  8. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
    • Status tarikh Bayaran STR Fasa 4 akan dipaparkan.
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Pembayaran bantuan STR diagihkan mengikut 4 fasa. Ramai penerima kini menantikan pengumuman rasmi tarikh bayaran STR bagi Fasa 4. Jadual berikut menunjukkan pecahan setiap fasa dan tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Segala maklumat berkaitan tarikh bayaran STR Fasa 4 akan disemak semula selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan. Sebagai panduan, tahun 2024 menyaksikan pembayaran Fasa 4 pada bulan November – Rujukan rasmi: bantuantunai.hasil (FAQ).

SOALAN LAZIM (FAQ) TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Jika saya baru hilang kerja, bolehkah mohon STR?

Ya, boleh mohon dengan sertakan bukti kehilangan pekerjaan.

Bagaimana kalau saya kerja sendiri tanpa slip gaji?

Boleh sertakan dokumen sokongan seperti penyata bank atau pengesahan pendapatan.

Jika saya tinggal menyewa, adakah masih layak?

Ya, syarat tempat tinggal tidak menjejaskan kelayakan STR.

Bagaimana jika status perkahwinan saya berubah?

Penerima perlu kemaskini status kahwin melalui portal STR untuk elak kesilapan bayaran.

Jika penerima STR meninggal dunia, bolehkah waris tuntut bayaran?

Tidak, STR hanya diberikan kepada penerima yang hidup dan layak.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Tarikh Bayaran STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Email : [email protected]

Leave a Comment