SEMAKAN MYKASIH DALAM IC – STATUS BAYARAN 2025

SEMAKAN MYKASIH DALAM IC – STATUS BAYARAN 2025

Program SARA MyKasih 2025 diteruskan dengan memberi manfaat kepada lebih 5.4 juta penerima di seluruh negara. Bantuan ini dimasukkan terus ke dalam IC penerima bagi memudahkan pembelian barangan asas tanpa perlu tunai. Dengan adanya MyKasih, keluarga B40 dan M40 dapat mengurus keperluan harian dengan lebih teratur dan menjimatkan perbelanjaan barangan asas rumah.

Semakan status bayaran MyKasih dalam IC boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Ikuti artikel ini agar tidak terlepas sebarang info penting berkaitan bantuan tersebut.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Bantuan MyKasih diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang menepati syarat kelayakan. Ia meliputi pemohon daripada kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Rujuk butiran di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

JUMLAH BAYARAN MYKASIH DALAM IC

Jumlah bantuan MyKasih mengikut kategori penerima yang layak:

  • B40: RM600 – RM2100
  • M40: RM450 – RM900

Semua bayaran dikreditkan terus ke IC penerima. Rujuk jadual di bawah untuk pecahan lanjut:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Tiada permohonan diperlukan.
  • Tanggungan isi rumah tetapi telah melepasi umur 18 tahun juga layak menerima RM100 setiap seorang.
    • Contohnya: Suami (RM100), isteri (RM100), anak di IPT (RM100).
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam IC penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Semakan status bantuan tambahan SARA boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus dan laman rasmi SARA https://sara.gov.my bermula 21 Ogos 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
JUMLAH BAYARAN MYKASIH DALAM IC

TARIKH BAYARAN MYKASIH DIKREDITKAN

Bayaran bantuan MyKasih akan dikreditkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

CARA GUNA MYKASIH DALAM IC UNTUK PEMBELIAN

Untuk membuat pembelian barang asas MyKasih menggunakan IC, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk IC di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk IC untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status IC penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna IC
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA MYKASIH DALAM IC UNTUK PEMBELIAN

SEMAKAN MYKASIH DALAM IC

Untuk mengetahui status bayaran MyKasih dalam IC, penerima boleh membuat semakan secara online melalui dua portal rasmi iaitu Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my dan Portal MyKasih https://mykasih.com.my. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi talian hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut adalah langkah-langkah semakan MyKasih dalam IC:

SEMAKAN MYKASIH DALAM IC MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor IC
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MYKASIH DALAM IC MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor IC
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN SEMAKAN MYKASIH DALAM IC

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Seorang guru di Selangor menganggap bantuan ini penting untuk rakyat:

“Sistem ni mudah, selamat dan telus. Tak ada isu salah guna.”

Namun seorang pekerja kilang mengeluh:

“Kalau sistem MyKasih tergendala, kami yang susah nak beli barang. Harap ada backup system.”

SOALAN LAZIM (FAQ)

Boleh tambah duit sendiri masa bayar?

Boleh, penerima boleh campur bayar guna tunai atau e-wallet.

Adakah bantuan SARA kekal selamanya?

Tidak, ia diberikan mengikut tempoh dan dasar kerajaan semasa.

Kalau pindah negeri, masih boleh guna?

Ya, boleh guna di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.

Ada had pembelian barang tertentu?

Tidak ada had spesifik, asalkan dalam jumlah bantuan dan barang yang dibenarkan.

Boleh guna SARA MyKasih lebih dari sekali sebulan?

Ya, boleh berbelanja beberapa kali selagi baki masih ada.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan MyKasih Dalam IC ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment