CHECK SENARAI BARANGAN MYKASIH YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD
Melalui SARA MyKasih, penerima boleh membeli barangan asas di kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara. Senarai barangan yang dibenarkan disediakan khusus bagi memastikan bantuan digunakan hanya untuk keperluan harian rakyat. Usaha ini diharapkan dapat membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup dengan lebih baik.
Penerima yang layak boleh check senarai barangan MyKasih secara online. Maklumat penuh ada di bawah, teruskan membaca.
BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025
CHECK SENARAI BARANGAN MYKASIH YANG BOLEH DIBELI
Sejak 1 Mei 2025, penerima bantuan MyKasih SARA boleh membeli barangan daripada 14 kategori asas termasuk produk kebersihan rumah. Check jadual di bawah untuk senarai lengkap 14 kategori barangan MyKasih yang boleh dibeli menggunakan MyKad, berserta contoh jenama popular:
| KATEGORI BARANGAN MYKASIH | CONTOH JENAMA |
|---|---|
| BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
| ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
| TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
| MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
| TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
| BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
| MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
| MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
| MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
| BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
| PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
| UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
| KEPERLUAN SEKOLAH | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
| BARANGAN KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |

SENARAI KEDAI YANG BOLEH BELI BARANGAN MYKASIH
Terdapat lebih 7300 kedai runcit dan pasar raya terpilih sebagai rakan niaga MyKasih. Pembelian barangan MyKasih oleh penerima bantuan boleh dilakukan di kedai berhampiran, antaranya seperti berikut:
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- Giant
- Billion
- The Store
- Aeon Big
- TF Value Mart
- 99 Speedmart
- KK Super Mart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Super Seven
Nota Tambahan: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
PANDANGAN & REAKSI RAKYAT
Seorang pekerja ladang di Sabah memuji kemudahan sistem:
“Tak semua orang ada akaun bank, jadi guna MyKad lebih mudah untuk kami.”
Tetapi seorang ibu kecewa bila berdepan masalah teknikal:
“Kalau MyKad rosak, nak ganti ambil masa lama. Sepanjang tu bantuan tak boleh guna.”
SOALAN LAZIM (FAQ) CHECK SENARAI BARANGAN MYKASIH
SARA bulanan dimasukkan setiap bulan untuk tempoh tertentu, manakala SARA one-off hanya diberi sekali dalam jumlah yang ditetapkan.
Penerima mestilah isi rumah B40 atau miskin yang tersenarai dalam pangkalan data kerajaan dan disahkan layak.
Semakan boleh dibuat di portal rasmi bantuan kerajaan atau melalui agensi berkaitan seperti JKM dan MyKasih Foundation.
Jumlah bantuan biasanya antara RM100 hingga RM200 sebulan, bergantung kategori isi rumah.
Biasanya pada awal bulan, mengikut jadual rasmi yang diumumkan kerajaan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Check Senarai Barangan MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]