TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026 : BANTUAN DISALURKAN SECARA RASMI BERMULA JANUARI INI
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 menjadi antara perkara paling dinantikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Melalui ucapan rasmi YAB Perdana Menteri, bayaran akan disalurkan bermula Januari ini secara berperingkat. Dimana, penerima yang layak akan mendapat bantuan tunai sehingga RM500 bagi fasa 1 ini.
Artikel ini menghimpunkan maklumat berkaitan tarikh bayaran STR Fasa 1 2026, jumlah bantuan, syarat kelayakan serta cara semakan terkini untuk rujukan penerima.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 1?
Bagi STR Fasa 1 2026, jumlah bantuan akan diagihkan secara berfasa mengikut kategori penerima yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Walaupun tarikh bayaran STR Fasa 1 2026 telah diumumkan, jumlah bayaran sebenar bagi setiap kategori penerima masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak berwajib. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jumlah penuh bayaran seperti berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026 DIKREDITKAN?
Kerajaan telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran STR 2026 disalurkan secara berperingkat bermula 20 Januari 2026, sebagaimana dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Perutusan Tahun Baharu 2026.
Tempoh pengkreditan Bantuan STR Fasa 1 2026 bergantung kepada kaedah bayaran dan bank penerima masing-masing.
Maklumat ini penting bagi membantu penerima merancang perbelanjaan dan komitmen kewangan dengan lebih tersusun pada awal tahun.

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Kelayakan penerima bayaran STR 2026 ditentukan berdasarkan kategori pemohon serta pendapatan isi rumah yang direkodkan dalam sistem. Kerajaan menetapkan beberapa kategori utama yang layak menerima bantuan mengikut garis panduan semasa bagi memastikan agihan dibuat secara bersasar. Syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Kategori bujang tidak termasuk dalam STR 2026 dan telah digantikan dengan Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
PENDAFTARAN AKAUN MYSTR
Semua penerima STR, sama ada pemohon baharu atau penerima sedia ada, perlu mempunyai Akaun MySTR bagi memudahkan:
- Semakan status kelayakan
- Semakan tarikh/jumlah bayaran STR Fasa 1 2026
- Kemaskini maklumat peribadi
- Akses maklumat bantuan terkini
Pendaftaran akaun MySTR boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan seperti di bawah:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

BAGAIMANA CARA SEMAK BAYARAN STR FASA 1 2026?
Semakan bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut adalah langkah penuh semakan bayaran STR Fasa 1 2026:
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

CARA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN STR 2026
Untuk memastikan kelayakan bantuan tidak terjejas, pemohon disarankan mengemas kini maklumat secara berkala seperti panduan di bawah:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

BAGAIMANA CARA MOHON STR?
Bagi individu yang layak tetapi belum pernah membuat permohonan STR, pendaftaran boleh dilakukan sepanjang tahun melalui portal MySTR. Pemohon hanya perlu melengkapkan borang permohonan serta memastikan semua maklumat diisi dengan tepat sebelum dihantar.
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Bayaran dibuat secara berperingkat bergantung kepada kaedah pembayaran dan bank penerima.
Tidak perlu, selagi maklumat masih aktif dan memenuhi syarat kelayakan semasa.
Akaun MySTR diperlukan bagi semakan status dan maklumat terperinci bantuan.
Permohonan masih dalam semakan dan keputusan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
B40 macam mana