MYSTR 2026 LOGIN – SEMAKAN STATUS, PERMOHONAN & KEMASKINI MAKLUMAT
Portal MySTR 2026 berfungsi sebagai platform rasmi bagi pengurusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), merangkumi semakan status kelayakan, permohonan baharu serta kemaskini maklumat penerima. Melalui sistem ini, penerima boleh mengakses maklumat bantuan dengan lebih mudah, cepat dan telus tanpa perlu hadir ke kaunter.
Artikel ini menghimpunkan info penting berkaitan login MySTR 2026, syarat kelayakan, tarikh bayaran dan pengurusan akaun penerima.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2026?
Kelayakan Bantuan STR 2026 berdasarkan kategori pemohon serta pendapatan isi rumah yang direkodkan dalam sistem MySTR. Kerajaan menetapkan beberapa kategori penerima yang layak bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara syarat-syaratnya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Kategori bujang tidak disenaraikan sebagai penerima STR 2026 dan telah digantikan dengan Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 DIKREDITKAN?
Pembayaran STR 2026 secara rasmi akan dikreditkan berperingkat mulai 20 Januari 2026, seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Perutusan Tahun Baharu 2026.
Bagaimanapun, tempoh masa kemasukan STR Fasa 1 ke akaun penerima tertakluk kepada kaedah bayaran dan proses bank masing-masing.
Penerima disarankan mengambil maklum maklumat ini bagi menyusun perbelanjaan dan komitmen kewangan dengan lebih bijak.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 DISALURKAN?
Pembayaran STR 2026 akan diagihkan secara berfasa berdasarkan kategori penerima yang layak.
Setakat ini, jumlah bayaran khusus bagi setiap kategori penerima masih belum diumumkan secara rasmi, meskipun tarikh pembayaran telah dimaklumkan. Sebarang maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Rujuk jumlah penuh bayaran STR 2026 di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |

MYSTR 2026 LOGIN
Semua penerima STR, sama ada pengguna baharu atau sedia ada, diwajibkan mempunyai akaun MySTR bagi memudahkan urusan berikut:
- Semakan status kelayakan
- Semakanjumlah bayaran STR
- Kemaskini maklumat peribadi
- Akses maklumat bantuan terkini
Pendaftaran akaun MySTR boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengikuti panduan lengkap yang disediakan dalam sistem. Berikut adalah langkah lengkap untuk login akaun baru MySTR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

CARA SEMAK STATUS STR 2026 MELALUI PORTAL MYSTR
Semakan bayaran Bantuan STR 2026 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut adalah langkah penuh semakan:
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

KEMASKINI MAKLUMAT MYSTR 2026
Bagi memastikan status kelayakan kekal aktif dan tidak terjejas, pemohon digalakkan mengemas kini maklumat secara berkala. Berikut langkah-langkahnya:
- Login akaun baru MySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

BAGAIMANA BANTUAN STR DIMOHON?
Bagi individu yang memenuhi syarat tetapi belum pernah memohon STR, permohonan baharu boleh dibuat sepanjang tahun melalui portal MySTR. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan memastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum dihantar. Berikut adalah langkah lengkap permohonan:
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSTR 2026 LOGIN
Ya, login MySTR diperlukan bagi akses penuh maklumat penerima.
Tidak. Akaun MySTR diperlukan untuk semua urusan permohonan dan semakan.
Pemohon boleh menggunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di portal MySTR.
Digalakkan, terutama jika terdapat perubahan pendapatan atau tanggungan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi MySTR 2026 Login ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/