SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026 : PENERIMA YANG LAYAK AKAN MENERIMA BAYARAN BERMULA JANUARI
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan pada tahun 2026 sebagai inisiatif bantuan tunai kerajaan kepada golongan yang layak. Bagi STR Fasa 1 2026, penerima digalakkan membuat semakan status lebih awal bagi mengetahui kelulusan, tarikh bayaran serta perancangan kewangan awal tahun. Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi yang disediakan oleh kerajaan.
Teruskan skrol ke bawah untuk melihat semua maklumat berkaitan.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Kelayakan status STR 2026 ditentukan berdasarkan kategori pemohon dan pendapatan isi rumah yang direkodkan dalam sistem rasmi. Kerajaan menetapkan beberapa kategori utama bagi memastikan bantuan disalurkan secara bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Berikut syarat-syaratnya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman penting: Kategori bujang tidak termasuk dalam STR 2026 dan telah digantikan dengan Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026
Penerima yang layak boleh membuat semakan status Bantuan STR Fasa 1 2026 melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Berikut adalah langkah penuh semakan status Bantuan STR Fasa 1 2026:
SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Sebelum membuat sebarang semakan melalui MyGOV Malaysia, pastikan anda telah mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID terlebih dahulu. Berikut adalah panduan lengkap bagi membuat semakan status STR Fasa 1 2026 melalui MyGOV Malaysia:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan status Bantuan STR Fasa 1 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 FASA 1?
Bagi pelaksanaan STR Fasa 1 2026, agihan bantuan dibuat secara berperingkat mengikut kategori penerima yang ditetapkan. Walaupun tarikh bayaran telah dimaklumkan, jumlah bayaran rasmi bagi setiap kategori masih menunggu pengumuman terperinci daripada pihak kerajaan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Rujuk jadual berikut untuk jumlah bayaran penuh Bantuan STR 2026:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |

BILA TARIKH STR FASA 1 2026 DIKREDITKAN?
Kerajaan mengesahkan bahawa bayaran STR 2026 akan mula disalurkan secara berperingkat bermula 20 Januari 2026, selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri dalam Perutusan Tahun Baharu 2026.
Tempoh pengkreditan STR Fasa 1 2026 adalah bergantung kepada kaedah bayaran serta bank penerima, dan mungkin mengambil masa berbeza bagi setiap individu.
Maklumat berkaitan tarikh dan kaedah bayaran ini penting supaya penerima dapat merancang perbelanjaan dan komitmen kewangan dengan lebih tersusun pada permulaan tahun.

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR?
Semua penerima STR, sama ada pemohon baharu atau sedia ada, perlu memiliki akaun MySTR bagi memudahkan:
- Semakan status kelayakan STR Fasa 1 2026
- Semakan tarikh dan jumlah bayaran STR Fasa 1
- Kemaskini maklumat peribadi
- Akses kepada maklumat bantuan terkini
Pendaftaran akaun MySTR boleh dibuat secara dalam talian dengan mengikuti langkah di bawah:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026
Bagi memastikan kelayakan bantuan tidak terjejas, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan secara berkala melalui portal MySTR. Langkah-langkahnya seperti di bawah:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

PERMOHONAN BANTUAN STR
Individu yang layak tetapi belum pernah membuat permohonan STR boleh mendaftar sepanjang tahun melalui sistem MySTR dengan melengkapkan borang permohonan dan memastikan semua maklumat diisi dengan tepat sebelum dihantar. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Jumlah rasmi bagi setiap kategori masih menunggu pengumuman lanjut kerajaan.
Ya, akaun MySTR diperlukan untuk semakan dan kemaskini maklumat.
Pengkreditan bergantung kepada bank dan kaedah bayaran penerima.
Ya, pemohon digalakkan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Status STR Fasa 1 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/