SEMAKAN SARA 2026 : SEMAK BERAPA JUMLAH YANG LAYAK & TARIKH BAYARAN
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan pada tahun 2026 sebagai antara bantuan bersasar kerajaan bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup. Melalui mekanisme MyKasih, bantuan ini disalurkan dalam bentuk kredit tanpa tunai untuk pembelian barangan keperluan asas. Oleh itu, semakan SARA 2026 penting untuk mengetahui jumlah kelayakan, tarikh bayaran serta kaedah penggunaan bantuan bagi penerima yang berstatus lulus.
Maklumat penuh telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SARA 2026?
Sehingga kini, kriteria kelayakan rasmi SARA 2026 masih menunggu pengumuman penuh, namun pelaksanaan lazimnya berpandukan data penerima STR dan ketetapan bantuan tahun sebelumnya. Antara syarat-syaratnya adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
SEMAKAN SARA 2026
Penerima boleh membuat semakan SARA 2026 melalui saluran rasmi berikut:
- Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal SARA: sara.gov.my
- Talian Bantuan STR: 1-800-88-2747
Semakan ini membolehkan penerima mengetahui status kelulusan, jumlah bantuan yang layak serta tarikh kredit terkini. Berikut adalah langkah-langkahnya:
SEMAKAN SARA 2026 MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN SARA 2026 MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh bayaran SARA 2026
- Semak baki bantuan

SARA 2026 SEMAKAN MELALUI MYGOV MALAYSIA
Bagi mengakses perkhidmatan semakan dalam aplikasi MyGOV Malaysia, pengguna diwajibkan log masuk menggunakan MyDigital ID sebagai pengesahan identiti. Rujuk langkah ringkas di bawah ini:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semak Bantuan SARA MyKasih Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik SARA MyKasih.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
Nota Penting:
- MyDigital ID hanya perlu daftar sekali sahaja.
- MyGOV hanya paparkan maklumat rasmi, bukan simpan data.
- Status bantuan bergantung kepada pengumuman kerajaan.
- Gunakan MyKad & akaun sendiri sahaja untuk semakan.

BILA TARIKH BAYARAN SARA 2026 DIKREDITKAN?
Pembayaran bantuan SARA MyKasih bagi tahun 2026 dijadualkan bermula seawal Januari dan Februari 2026, bergantung kepada jenis bayaran sama ada bulanan atau one-off. Berikut perinciannya:
- SARA Bulanan
- Bermula 9 Januari 2026
- SARA One-Off (Bayaran Sekali Sahaja)
- Bermula 9 Februari 2026
Maklumat berkaitan tarikh bayaran ini penting supaya penerima dapat merancang perbelanjaan barangan asas dengan lebih teratur.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA 2026 DIAGIHKAN?
Kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran SARA 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan. Jumlah bantuan yang diterima oleh setiap penerima adalah berbeza mengikut status isi rumah, pendapatan dan kelulusan bantuan dalam sistem rasmi. Butirannya seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA
- Bagi bayaran SARA One-Off RM100, kerajaan menetapkan tarikh kredit bermula 9 Februari 2026.
- Semua bayaran akan dimasukkan secara automatik ke MyKad penerima yang berstatus lulus tanpa perlu pengeluaran tunai.

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI KREDIT SARA 2026?
Semakan baki kredit Bantuan SARA 2026 boleh dilakukan melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Langkah semakan penuh seperti berikut:
- Semakan melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki SARA bulanan akan dipaparkan

- Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Semakan melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
- Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
CARA BELI BARANG SARA
Bantuan SARA hanya boleh digunakan dengan MyKad di premis berdaftar. Pembelian tertakluk kepada senarai barangan keperluan asas yang dibenarkan sahaja. Transaksi dibuat terus di kaunter tanpa melibatkan wang tunai. Berikut adalah langkah lengkap untuk membuat pembelian:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak semestinya. Kelayakan bergantung kepada kategori dan pengesahan dalam sistem kerajaan.
Di kedai dan pasar raya yang berdaftar dengan program MyKasih.
Ya, baki bantuan tertakluk kepada tempoh sah yang ditetapkan.
Tiada permohonan diperlukan. Bergantung kepada status dan kelulusan sedia ada dalam sistem bantuan STR.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan SARA 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/