SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2026 : SEMAKAN STATUS, KELAYAKAN, KEMASKINI & PERMOHONAN BARU BANTUAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 merupakan inisiatif bantuan kewangan kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Melalui STR, penerima yang layak boleh membuat semakan status, mengemas kini maklumat serta mengemukakan permohonan baharu mengikut fasa yang ditetapkan.
Ikuti info lengkap di bawah sebagai panduan.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2026?
Bagi memastikan agihan bantuan lebih tersasar, syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026 masih berasaskan kriteria sedia ada dengan beberapa penambahbaikan. Antara syarat utama STR 2026 yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman: Pemohon bujang yang memenuhi kelayakan tidak menerima bayaran STR secara tunai seperti kategori isi rumah. Sebaliknya, bantuan bagi kategori ini disalurkan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2026
Jumlah bantuan STR 2026 yang diterima bagi Fasa 1 adalah berbeza mengikut kategori dan kelayakan pemohon. Perincian jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026 akan dijelaskan melalui jadual di bawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

BILA TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2026 DIKREDITKAN?
Bagi makluman, bayaran STR 2026 tidak dibuat secara sekaligus tetapi diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Untuk Fasa 1, bayaran telah mula dikreditkan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

BAGAIMANA BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN?
Bagi memastikan proses pembayaran berjalan lancar, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026 disalurkan melalui kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kaedah agihan bantuan adalah seperti perincian berikut:
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
➡️ Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦 Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
➡️ Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
CARA SEMAK STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2026
Pemohon yang layak boleh menyemak status Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 2026 melalui portal rasmi di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK pada waktu operasi. Panduan semakan penuh Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026 adalah seperti yang dijelaskan di bawah:
SEMAK STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAK STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal STR, semakan status juga boleh dibuat melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat akaun MyDigital ID telah didaftarkan dan diaktifkan. Berikut merupakan langkah ringkas untuk membuat semakan STR melalui MyGOV Malaysia:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan status Bantuan STR Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

PENDAFTARAN AKAUN MYSTR ONLINE
Bagi memudahkan urusan permohonan dan semakan status Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026, pemohon baharu serta penerima sedia ada amat digalakkan memiliki akaun MySTR. Pendaftaran akaun MySTR boleh dibuat secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

KEMASKINI MAKLUMAT SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Bagi mengelakkan sebarang isu kelayakan atau kelewatan bayaran, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi dari semasa ke semasa. Cara pengemaskinian maklumat melalui portal MySTR adalah seperti berikut:
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

PERMOHONAN STR 2026
Bagi individu atau isi rumah yang belum pernah memohon STR, permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026 bagi Fasa 2 dibuka bermula 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Proses permohonan STR 2026 boleh dibuat secara dalam talian atau manual dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 di sini:
STR 2026 PERMOHONAN SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui portal rasmi atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL / Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
RAYUAN STR 2026 BAGI STATUS TAK LULUS
Kerajaan turut membuka tempoh rayuan STR khas kepada pemohon yang permohonan terdahulu tidak diluluskan. Tarikh dan tempoh rayuan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026 diumumkan seperti butiran berikut:
| TARIKH RAYUAN STR 2026 |
|---|
| Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026 |

Proses rayuan secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak semestinya. Kelayakan tertakluk kepada semakan semula data terkini pemohon.
Disarankan untuk memastikan semua maklumat kekal tepat dan terkini.
Ia bergantung kepada jenis bantuan dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ya, sekiranya tidak memenuhi syarat kelayakan semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/