BANTUAN SARA BULANAN BUJANG 2026 : KELAYAKAN, JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN

BANTUAN SARA BULANAN BUJANG 2026 : KELAYAKAN, JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN

SARA Bulanan Bujang 2026 merupakan bantuan kerajaan bagi membantu individu bujang berpendapatan rendah menampung keperluan asas harian. Inisiatif ini disalurkan melalui sistem MyKasih dalam bentuk kredit bulanan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan terpilih.

Info lanjut berkaitan topik ini tersedia di bahagian bawah.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT BANTUAN SARA BULANAN BUJANG?

Bagi memastikan bantuan SARA Bulanan Bujang 2026 disasarkan kepada individu yang benar-benar layak, beberapa kriteria asas kelayakan telah ditetapkan. Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori bujang.
  • Berumur 21 – 59 tahun (OKU: 19 – 59 tahun).
  • Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.

BILA TARIKH SARA BULANAN BUJANG DIKREDITKAN?

Bayaran SARA 2026 dilaksanakan mengikut jadual agihan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi setiap kategori penerima. Tarikh pembayaran bagi Bantuan SARA bulanan kategori bujang adalah seperti berikut:

🗓️ TARIKH BAYARAN SARA BUJANG
Mulai 16 Januari 2026
BILA TARIKH SARA BULANAN BUJANG DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN BUJANG 2026?

Melalui bantuan SARA MyKasih 2026, penerima kategori bujang layak menerima kredit bulanan sehingga RM100 bergantung kepada kelayakan yang ditetapkan. Perincian jumlah bantuan adalah seperti dinyatakan di bawah:

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN BUJANG 2026
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA JUMLAH KESELURUHAN
(RM)
KADAR BULANAN
(RM)
Bujang (Pendapatan <RM2,500)60050
Bujang Miskin Tegar (eKasih)1,200100
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN BUJANG 2026
Jumlah Bantuan SARA eKasih

PENGHARGAAN SARA

  • Selain bantuan bulanan, kerajaan turut menyediakan bantuan tambahan RM100 secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui inisiatif SARA, yang mula diagihkan pada 9 Februari 2026.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN BUJANG 2026

BANTUAN SARA BULANAN BUJANG SEMAKAN STATUS

Penerima kategori bujang yang layak boleh membuat semakan SARA 2026 secara dalam talian melalui Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA di https://sara.gov.my. Langkah semakan lengkap seperti di bawah:

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA BULANAN BUJANG MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
BANTUAN SARA BULANAN BUJANG SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA BULANAN BUJANG MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran
    • Semak baki bantuan
BANTUAN SARA BULANAN BUJANG SEMAKAN STATUS

BANTUAN SARA BULANAN BUJANG SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Semakan SARA Bulanan Bujang 2026 juga boleh dibuat melalui Portal MyGOV Malaysia. Pengguna perlu mendaftar dan log masuk menggunakan MyDigital ID yang sah sebelum mengakses maklumat bantuan. Panduan ringkasnya adalah seperti berikut:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bantuan Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

CHECK BAKI KREDIT SARA

Untuk membantu penerima memantau penggunaan bantuan, baki kredit SARA MyKasih boleh disemak melalui beberapa saluran rasmi yang telah ditetapkan. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
APLIKASI MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

CARA GUNA BANTUAN SARA

Bagi menggunakan bantuan SARA MyKasih, penerima hanya perlu memilih barangan keperluan yang diluluskan dan menggunakan MyKad di kaunter pembayaran untuk tujuan pengesahan. Panduan ringkas penggunaan adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA BANTUAN SARA

SOALAN LAZIM (FAQ)

Perlukah individu bujang membuat permohonan khas untuk SARA?

Kelayakan biasanya ditentukan berdasarkan data STR dan semakan semasa.

Bolehkah bantuan SARA digunakan di semua pasar raya?

Tidak. Hanya kedai rakan strategik MyKasih yang menerima pembayaran SARA.

Adakah baki kredit boleh dibawa ke bulan berikutnya?

Tertakluk kepada syarat pelaksanaan semasa yang ditetapkan.

Adakah status bujang perlu dikemas kini setiap tahun?

Pengemaskinian maklumat disarankan sekiranya berlaku perubahan status.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan SARA Bulanan Bujang ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment