STR SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG LAYAK

STR SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & BERAPA JUMLAH BANTUAN YANG LAYAK

Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 membolehkan orang ramai mengetahui status kelayakan penerima serta anggaran jumlah bantuan yang layak diterima. Melalui sistem semakan rasmi, penerima boleh menyemak maklumat terkini berkaitan permohonan, fasa bayaran dan kaedah agihan bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Untuk membantu anda, semua maklumat berkaitan telah dikumpulkan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Kriteria kelayakan STR 2026 masih berpandukan syarat sedia ada dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan pengagihan bantuan dilaksanakan secara lebih telus dan adil. Antara syarat-syaratnya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian: Bagi pemohon berstatus bujang, bantuan akan disalurkan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 tertakluk kepada kelayakan yang ditetapkan.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR DISALURKAN?

Jumlah bantuan STR 2026 berbeza mengikut kategori penerima dan akan dinyatakan secara terperinci melalui jadual bayaran rasmi. Berikut adalah butiran jumlah bayaran bagi STR Fasa 1:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR DISALURKAN

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR DIAGIHKAN?

Agihan bantuan STR 2026 dibuat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan. Ringkasnya, bayaran bantuan akan diterima seperti berikut:

  • Ada akaun bank 💳
    • Duit bantuan akan terus masuk ke akaun bank penerima atau pasangan.
  • Tiada akaun bank / gagal kredit 🏦
    • Bantuan boleh diambil secara tunai di kaunter BSN.

BILA TARIKH STR FASA 1 2026 DIKREDITKAN?

Pembayaran STR 2026 dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat (4) fasa, bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan. Bagi Fasa 1, bayaran mula dikreditkan mengikut tarikh yang telah diumumkan seperti berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH STR FASA 1 2026 DIKREDITKAN

STR SEMAKAN

Semakan status STR 2026 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 dalam waktu operasi. Semakan lengkap seperti panduan ringkas di bawah ini:

STR SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
STR SEMAKAN

STR SEMAKAN MELALUI MYGOV MALAYSIA

Untuk semakan melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu memastikan MyDigital ID telah didaftarkan serta diaktifkan sebelum mengakses perkhidmatan STR 2026. Berikut adalah cara ringkasnya:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan STR 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
STR SEMAKAN

DAFTAR AKAUN MYSTR

Pemilikan akaun MySTR amat digalakkan bagi semua penerima, sama ada pemohon baharu atau sedia ada, untuk memudahkan semakan status, maklumat bayaran dan kemas kini data peribadi. Langkah mudahnya seperti berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
DAFTAR AKAUN MYSTR

PERMOHONAN BAHARU BANTUAN STR

Individu yang belum pernah memohon STR tetapi layak boleh mengemukakan permohonan baharu sepanjang tahun melalui sistem MySTR dengan memastikan maklumat diisi dengan tepat. Permohonan baharu STR 2026 bagi Fasa 2 dibuka dari 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Berikut adalah cara permohonan lengkap secara online & manual Bantuan STR:

PERMOHONAN BAHARU BANTUAN STR

PERMOHONAN STR SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BAHARU BANTUAN STR

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 di sini:

STR PERMOHONAN SECARA MANUAL

Permohonan baharu STR 2026 turut disediakan secara manual bagi memudahkan pemohon. Permohonan manual boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

RAYUAN STR 2026 YANG TIDAK LULUS

Pihak kerajaan telah membuka proses rayuan bagi permohonan terdahulu yang tidak diluluskan. Tempoh masa rayuan STR 2026 diumumkan secara rasmi seperti butiran di bawah:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
RAYUAN STR 2026 YANG TIDAK LULUS

Rayuan STR secara dalam talian:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

RAYUAN STR 2026 YANG TIDAK LULUS

KEMASKINI MAKLUMAT DI PORTAL RASMI MYSTR

Bagi memastikan kelayakan kekal sah, pemohon disaran mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan secara berkala melalui portal MySTR. Langkah mudah untuk kemaskini maklumat bantuan adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT DI PORTAL RASMI MYSTR

SOALAN LAZIM (FAQ) STR SEMAKAN

Apakah maksud status “Lulus” dalam semakan STR?

Status lulus menunjukkan pemohon memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan bagi tahun semasa.

Adakah jumlah bantuan boleh berubah selepas semakan dibuat?

Jumlah bantuan tertakluk kepada pengesahan akhir dan boleh berubah sekiranya terdapat kemas kini maklumat.

Bilakah keputusan semakan STR dikemas kini dalam sistem?

Keputusan semakan biasanya dikemas kini secara berperingkat mengikut fasa pemprosesan.

Adakah penerima boleh menyemak STR menggunakan telefon bimbit?

Ya, semakan STR boleh dibuat melalui pelayar web di peranti mudah alih.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Semakan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment