STR LOGIN 2026 : SEMAK KELAYAKAN & CARA KEMASKINI MELALUI PORTAL BARU MYSTR
Portal MySTR 2026 merupakan platform rasmi bagi semakan kelayakan, kemaskini maklumat dan permohonan baharu Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Melalui portal yang dinaik taraf ini, penerima boleh mengemaskini maklumat penting seperti pendapatan, status perkahwinan, bilangan anak dan perubahan alamat bagi memastikan rekod tidak tercicir. Segala urusan kini lebih mudah, cepat dan selamat kerana semuanya dilakukan secara online melalui sistem yang lebih stabil.
Ikuti panduan lengkap ini untuk mengetahui cara login, semak kelayakan dan langkah kemaskini STR 2026.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Syarat kelayakan STR bagi tahun 2026 kekal seperti sebelumnya dengan sedikit penambahbaikan demi ketelusan agihan. Antara syarat kelayakan ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Bagi STR 2026, kategori bujang telah dipindahkan ke Program SARA bagi penerimaan bantuan masing-masing.
BERAPA JUMLAH STR 2026 YANG DISALURKAN?
Bagi penerima STR 2026, jumlah bayaran berbeza mengikut kategori isi rumah B40, isi rumah M40, dan warga emas tanpa pasangan. Rujuk maklumat berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |
STR LOGIN 2026
Untuk kemudahan login dan membuat semakan status STR 2026, pendaftaran akaun MySTR diwajibkan kepada semua penerima sama ada sedia ada atau pengguna baharu. Langkah login STR 2026 seperti di bawah:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman MySTR dan login semula.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh login dan semak status STR 2026 secara online.

BAGAIMANA CARA PERMOHONAN STR 2026?
Individu yang layak boleh memohon STR 2026 melalui online di portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my. Berikut langkah penuh permohonan STR:
- Login Portal Rasmi STR 2026 :
- Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pergi ke bahagian Permohonan :
- Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
- Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
- Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
- Maklumat individu akan dipaparkan :
- Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
- Lengkapkan maklumat peribadi :
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pergi halaman permohonan seterusnya :
- Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
- Pilih Status Perkahwinan :
- “Berkahwin”;
- “Bercerai”;
- “Bujang”;
- Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
- Lengkapkan maklumat pasangan :
- Sekiranya anda memilih status “Berkahwin”, isikan maklumat pasangan.
- Isikan maklumat anak (jika ada) :
- Masukkan nama dan nombor MyKid anak jika ada dan terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi.
- Muat naik dokumen sokongan :
- Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Masukkan maklumat waris :
- Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
- Sahkan kod Captcha :
- Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
- Hantar borang permohonan :
- Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya :
- Bagi permohonan yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

KEMASKINI MAKLUMAT STR
Pastikan anda sebagai penerima sedia ada atau penerima baharu membuat kemaskini maklumat STR 2026 dengan login portal rasmi MySTR agar kelayakan bantuan tidak terjejas. Semak langkah berikut:
- Login akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR LOGIN 2026
Disyorkan kemaskini ringkas untuk pastikan rekod masih aktif dan tidak tercicir.
Gunakan fungsi “Reset Password” atau hubungi talian bantuan STR.
Hanya jika diminta sistem untuk pengesahan pendapatan.
Kena kemaskini dengan akaun baharu untuk elak bayaran gagal dikreditkan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR Login 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/