CARA DAFTAR MYKASIH : SEMAK KELAYAKAN & PANDUAN CARA DAPATKAN BANTUAN DALAM MYKAD
Program MyKasih merupakan bantuan tanpa tunai yang disalurkan terus ke dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan asas di kedai rakan niaga terpilih. Ia diwujudkan bagi mengurangkan beban kos sara hidup keluarga berpendapatan rendah, khususnya golongan miskin dan miskin tegar. Melalui MyKasih, penerima tidak perlu menunggu bayaran bank kerana semua transaksi dilakukan menggunakan MyKad sahaja.
Artikel ini memandu anda cara daftar MyKasih, semak kelayakan serta langkah-langkah penting untuk memastikan permohonan lulus melalui STR + eKasih.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA ITU MYKASIH?
MyKasih ialah program bantuan barangan runcit atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Sistem ini menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai di kedai terlibat. Program ini memastikan bantuan sampai terus kepada golongan yang layak, tanpa perantara dan tanpa risiko penyelewengan.
SYARAT KELAYAKAN
Sebelum daftar MyKasih, pastikan anda memenuhi kelayakan asas. Program ini biasanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah. Berikut ialah syarat asas yang perlu dipenuhi sebelum permohonan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk MyKasih; kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2026 YANG DISALURKAN?
Jumlah bantuan SARA MyKasih ditetapkan antara RM50 hingga RM100, bergantung kepada kategori penerima yang layak. Rujuk jadual di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Makluman: Penerima yang tersenarai dalam kategori miskin atau miskin tegar eKasih layak menerima tambahan bantuan SARA sebanyak RM600 bagi bujang dan RM1200 bagi isi rumah serta warga emas tiada pasangan.

PENGHARGAAN SARA RM100
- Bantuan RM100 one-off di bawah SARA MyKasih 2026 akan disalurkan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari.
- 22 juta rakyat dewasa bakal menikmati bantuan ini bagi meringankan kos perbelanjaan harian.

BILA TARIKH BAYARAN MYKASIH DIKREDITKAN DALAM MYKAD?
Tiada tarikh rasmi diumumkan untuk bayaran SARA MyKasih 2026 ketika ini. Pengumuman lanjut dijangka dibuat oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

CARA DAFTAR MYKASIH
Ramai yang tidak lulus MyKasih kerana dua perkara utama: STR tidak dikemaskini dan nama tiada dalam eKasih. Kelayakan MyKasih disemak terus melalui sistem STR tanpa perlu permohonan manual. Individu yang layak perlu memohon STR terlebih dahulu. Cara lengkap daftar MyKasih adalah seperti berikut:
Permohonan STR
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
*Untuk penerima STR 2025/2026, data anda akan disemak secara automatik dan akan didaftarkan terus sebagai penerima MyKasih tanpa perlu membuat permohonan baharu sekiranya layak.
CARA DAFTAR EKASIH
Pemohon yang ingin mendaftar eKasih boleh mengikut panduan mudah seperti di bawah:
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.
- Boleh juga melalui pemimpin tempatan seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) untuk membuat laporan atau pendaftaran.
- Pemohon perlu melengkapkan maklumat:
- Ketua Isi Rumah (KIR) & Ahli Isi Rumah (AIR)
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan yang pernah / sedang diterima
- Pendapatan.

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui portal rasmi di ekasih2.icu.gov.my. Jika tidak dapat akses online, boleh hubungi PPN Negeri atau Pejabat Pembangunan Negeri / Pejabat Daerah. Berikut adalah langkah lengkap cara semak status eKasih:
- Layari portal rasmi eKasih: https://ekasih2.icu.gov.my
- Isikan nombor kad pengenalan anda tanpa ‘-’ dan captcha yang betul.
- Klik “Cari / Klik Untuk Carian”.
- Status kelayakan akan dipaparkan.

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS MYKASIH?
Penerima yang layak boleh membuat semakan bantuan bulanan MyKasih secara online melalui Portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau SARA (https://sara.gov.my). Berikut cara semakan lengkap status MyKasih selepas daftar:
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN
Penerima MyKasih hanya perlu menggunakan MyKad di kaunter bayaran selepas memilih barangan yang diluluskan. Ikuti panduan di bawah:
- Pilih Barang Keperluan
- Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
- Tukar Nombor PIN
- Imbas Kod Barangan
- Bayar Guna MyKad
- Simpan Resit untuk Semakan

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA DAFTAR MYKASIH
Tidak boleh. Anda mesti penerima STR dahulu.
Anda perlu daftar atau kemaskini eKasih di Pejabat Daerah/JKM.
Hanya selepas anda disahkan layak oleh sistem MyKasih.
Tidak. Sistem akan menyekat barangan tidak dibenarkan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Daftar MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
- Portal rasmi eKasih: https://ekasih2.icu.gov.my
- Laman rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri: https://www.icu.gov.my
- Nombor pejabat PPN mengikut negeri:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800