PERMOHONAN MY KASIH RM100 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Kerajaan meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui program My Kasih RM100. Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak secara tanpa tunai. Ia bertujuan untuk memudahkan rakyat membeli barang keperluan asas bagi kategori yang diluluskan di kedai rakan niaga terpilih.
Artikel ini menerangkan cara permohonan, syarat, semakan dan penggunaan MyKad bagi My Kasih RM100 tahun 2026.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN MY KASIH RM 100?
Terdapat beberapa syarat asas sebelum layak menerima bantuan My Kasih RM100. Antara syaratnya adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk MyKasih; kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BERAPA JUMLAH BANTUAN MY KASIH 2026 YANG DISALURKAN?
Bantuan My Kasih 2026 diberikan antara RM50 hingga RM100, mengikut kategori penerima. Rujuk maklumat di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Makluman: Penerima kategori miskin atau miskin tegar eKasih layak menerima tambahan bantuan SARA sebanyak RM600 bagi bujang dan RM1200 bagi isi rumah serta warga emas tiada pasangan.

PENGHARGAAN SARA RM100
- Bantuan RM100 SARA akan mula diagihkan sekitar pertengahan Februari 2026 kepada rakyat berumur 18 tahun ke atas.
- Program ini melibatkan 22 juta penerima bagi membantu persiapan perayaan dan kos sara hidup.
- Peruntukan keseluruhan STR dan SARA 2026 dianggarkan sebanyak RM15 bilion hasil penjimatan subsidi.

BILA TARIKH BAYARAN MY KASIH RM100 DIKREDITKAN?
Setakat ini, tarikh pembayaran My Kasih RM100 belum diumumkan oleh kerajaan. Maklumat lengkap akan disiarkan melalui portal STR serta My Kasih selepas disahkan.

PERMOHONAN MY KASIH RM100
Permohonan dilakukan melalui sistem STR dan maklumat penerima diselaraskan dengan My Kasih. Tiada permohonan manual diperlukan. Anda perlu memohon STR terlebih dahulu. Langkah lengkap permohonan My Kasih RM100 adalah seperti berikut:
Permohonan STR
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Makluman: Data disemak secara automatik untuk penerima STR 2025/2026 dan akan didaftarkan terus sebagai penerima My Kasih RM100 tanpa perlu membuat permohonan baharu sekiranya layak.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS MY KASIH?
Penerima yang layak boleh semak status permohonan bantuan My Kasih RM100 secara online melalui Portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau SARA (https://sara.gov.my). Ikuti langkah lengkap seperti di bawah:
SEMAK PERMOHONAN MY KASIH RM100 MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK PERMOHONAN MY KASIH RM100 MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman My Kasih https://checkstatus.mykasih

CARA GUNA BANTUAN MY KASIH RM100 DALAM MYKAD
MyKad digunakan sebagai kad pembayaran tanpa tunai di kedai terpilih untuk menebus bantuan My Kasih RM100. Rujuk panduan di bawah:
- Pilih Barang Keperluan
- Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
- Tukar Nombor PIN
- Imbas Kod Barangan
- Bayar Guna MyKad
- Simpan Resit untuk Semakan

SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN MY KASIH RM100
Tetapkan PIN 6 digit sebelum transaksi.
Tunggu sistem pulih atau cuba di kedai lain.
Perbaharui terlebih dahulu di JPN.
Hanya kategori barangan asas rumah yang diluluskan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan My Kasih RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/