STR 2026 LOGIN : LOG MASUK UNTUK MAKLUMAT STATUS PENERIMA & JUMLAH BAYARAN
STR 2026 Login merupakan pintu utama bagi pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah untuk mengakses maklumat penting berkaitan status kelayakan, fasa bayaran serta jumlah bantuan yang diperuntukkan. Melalui sistem log masuk rasmi, pengguna boleh menyemak perkembangan permohonan dan memastikan data peribadi sentiasa terkini selaras dengan keperluan pelaksanaan bantuan.
Lanjutkan bacaan anda di bawah untuk info penuh.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Kelayakan STR 2026 masih berasaskan garis panduan terdahulu dengan penambahbaikan tertentu bagi memastikan proses agihan lebih telus dan saksama. Syarat-syarat kelayakan STR 2026 adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman khas: Pemohon berstatus bujang akan disalurkan bantuan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 tertakluk kepada syarat kelayakan.
BERAPA BAYARAN STR 2026 FASA 1?
Jumlah bantuan STR Fasa 1 2026 ditentukan mengikut kategori penerima dan akan dipaparkan secara terperinci melalui jadual yang disediakan:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

BAGAIMANA BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN?
Untuk STR 2026, kerajaan menyediakan kaedah bayaran yang berbeza mengikut status penerima. Secara mudahnya, agihan bantuan adalah seperti berikut:
- Penerima dengan akaun bank
- Bayaran dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan.
- Penerima tanpa akaun bank
- Duit bantuan boleh dituntut secara tunai di BSN.
BILA TARIKH BANTUAN STR 2026 DIKREDITKAN?
Pelaksanaan bayaran STR 2026 dibuat secara berfasa melibatkan empat (4) peringkat, bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan. Bagi Fasa 1, bayaran dikreditkan mengikut butiran berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

STR 2026 LOGIN
Pemilikan akaun MySTR digalakkan bagi semua pemohon bagi memudahkan login portal rasmi untuk semakan status, maklumat bayaran, kemas kini data peribadi serta akses kepada info bantuan STR 2026 terkini. Berikut adalah langkah ringkas untuk login portal STR 2026:
- Login Portal Rasmi STR 2026: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR 2026?
Semakan status STR 2026 boleh dilakukan melalui login Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 dalam waktu operasi. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan:
SEMAK STATUS STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI
- Login ke akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAK STATUS STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Untuk semakan melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu memastikan MyDigital ID telah didaftarkan dan diaktifkan sebelum mengakses perkhidmatan berkaitan STR 2026. Langkah mudah seperti di bawah:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan STR 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

STR 2026 PERMOHONAN
Individu yang belum pernah memohon STR tetapi layak boleh mengemukakan permohonan baharu sepanjang tahun melalui sistem MySTR dengan memastikan maklumat diisi secara lengkap dan tepat. Cara permohonannya seperti di bawah:
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

KEMASKINI MAKLUMAT DI PORTAL MYSTR
Bagi mengelakkan isu kelayakan, pemohon disaran mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan secara berkala melalui portal MySTR. Langkah-langkahnya seperti berikut:
- Login akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Log masuk digunakan untuk mengakses maklumat kelayakan, status bayaran dan butiran permohonan terkini.
Sistem boleh diakses sepanjang masa, tertakluk kepada penyelenggaraan berkala.
Pengguna boleh menetapkan semula kata laluan melalui fungsi pemulihan yang disediakan.
Sebahagian maklumat dikemas kini secara berkala, namun perubahan tertentu perlu dibuat oleh pengguna.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi STR 2026 Login ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/