RAYUAN STR 2026 : LANGKAH PERMOHONAN & CARA KEMASKINI MAKLUMAT BARU

RAYUAN STR 2026 : LANGKAH PERMOHONAN & CARA KEMASKINI MAKLUMAT BARU

Rayuan STR 2026 disediakan sebagai peluang kedua kepada individu yang tidak lulus atau berstatus tidak layak dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah sebelum ini. Melalui proses rayuan, pemohon boleh mengemukakan maklumat baharu atau mengemas kini butiran sedia ada agar penilaian semula dapat dibuat dengan lebih adil dan tepat mengikut keadaan semasa.

Butiran penting telah dihimpunkan di bawah sebagai panduan.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Syarat kelayakan STR 2026 masih berpandukan asas sedia ada dengan penyesuaian tertentu bagi memastikan agihan bantuan dibuat secara lebih telus. Berikut adalah syarat-syaratnya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian: Bagi pemohon berstatus bujang, bantuan yang dipertimbangkan adalah melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 tertakluk kepada kelayakan.

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR 2026 FASA 1?

Semakan keputusan STR Fasa 1 2026 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi. Langkah semakan penuh STR 2026 adalah seperti di bawah:

SEMAK STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR 2026 FASA 1

SEMAK STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Untuk semakan melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu memastikan MyDigital ID telah didaftarkan dan diaktifkan sebelum mengakses perkhidmatan berkaitan STR 2026. Langkah ringkasnya adalah:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan STR 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS STR 2026 FASA 1

RAYUAN STR 2026

Kerajaan telah membuka tempoh rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kepada pemohon yang tidak lulus sebelum ini. Butiran tarikh rayuan adalah seperti berikut:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
RAYUAN STR 2026

Cara buat rayuan STR 2026:

1️⃣ Layari 👉 https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Pilih menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat & muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

RAYUAN STR 2026

PENDAFTARAN AKAUN BAHARU MYSTR

Pemilikan akaun MySTR sangat digalakkan kepada semua penerima dan pemohon bagi memudahkan semakan status rayuan STR 2026, maklumat bayaran serta pengemaskinian data peribadi. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
PENDAFTARAN AKAUN BAHARU MYSTR

BAGAIMANA NAK KEMASKINI MAKLUMAT STR?

Untuk mengelakkan masalah kelayakan pada masa hadapan, pemohon disaran mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan secara berkala melalui portal MySTR. Langkah mudah pengemaskinian seperti berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
BAGAIMANA NAK KEMASKINI MAKLUMAT STR

BILA TARIKH BANTUAN STR 2026 DIKREDITKAN?

Pengkreditan bantuan STR 2026 dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat (4) fasa sepanjang tahun, bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan. Bagi Fasa 1, bayaran akan dikreditkan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH BANTUAN STR 2026 DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 DISALURKAN?

Jumlah kelayakan STR Fasa 1 2026 berbeza mengikut kategori penerima dan akan diperincikan melalui jadual berikut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 DISALURKAN

BAGAIMANA BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN?

Penyaluran bantuan STR 2026 kepada penerima yang layak dibuat menggunakan kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Berikut adalah butirannya:

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
💳 Penerima Mempunyai Akaun BankBayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN

Bagi individu yang belum pernah memohon STR, permohonan baharu boleh dibuat sepanjang tahun melalui sistem MySTR dengan memastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan lengkap. Langkah lengkap seperti di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN

SOALAN LAZIM (FAQ)

Siapakah yang layak membuat rayuan STR 2026?

Rayuan terbuka kepada pemohon yang tidak lulus atau menerima status tidak layak dalam keputusan terdahulu.

Adakah rayuan menjamin kelulusan STR 2026?

Rayuan akan dinilai semula berdasarkan maklumat terkini dan tidak menjamin kelulusan secara automatik.

Apakah dokumen yang lazimnya diperlukan untuk rayuan?

Dokumen sokongan bergantung kepada alasan rayuan STR 2026 seperti perubahan pendapatan atau tanggungan.

Bolehkah maklumat rayuan dikemas kini selepas dihantar?

Sebarang perubahan tertakluk kepada tempoh rayuan yang masih dibuka dan garis panduan sistem.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Rayuan STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment