STATUS PERMOHONAN STR 2026 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK BAGI BAYARAN BANTUAN TUNAI FASA 1
Status permohonan STR 2026 penting untuk disemak bagi mengetahui sama ada seseorang pemohon diluluskan atau tidak untuk menerima bayaran Bantuan Tunai Fasa 1. Melalui semakan ini, penerima boleh merancang kewangan dengan lebih baik serta mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan, termasuk kemaskini maklumat atau rayuan.
Lanjutkan bacaan di bawah untuk maklumat penuh.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Kelayakan STR 2026 masih berpaksikan syarat sedia ada dengan penambahbaikan tertentu bagi memastikan proses agihan bantuan lebih adil. Berikut adalah syarat kelayakan STR 2026:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman penting: Bagi kategori bujang, penilaian bantuan adalah di bawah Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 mengikut kelayakan semasa.
STATUS PERMOHONAN STR 2026
Semakan status permohonan STR 2026 boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi. Langkah semakan penuh status permohonan STR 2026 adalah seperti berikut:
SEMAK STATUS PERMOHONAN STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan STR 2026 :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAK STATUS PERMOHONAN STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Bagi semakan status permohonan STR 2026 melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu memastikan akaun MyDigital ID telah berjaya didaftarkan dan diaktifkan sebelum membuat semakan. Panduan ringkasnya adalah:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan Status Permohonan STR 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan permohonan STR 2026 & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

BILA TARIKH PENGKREDITAN STR 2026 FASA 1?
Pelaksanaan bayaran STR 2026 dibuat secara berperingkat melibatkan empat (4) fasa sepanjang tahun. Untuk Fasa 1, pengkreditan bayaran bermula mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Rujuk info dalam jadual di bawah:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

BAGAIMANA PEMBAYARAN STR 2026 DISALURKAN?
Kaedah penyaluran STR 2026 kepada penerima yang layak adalah mengikut mekanisme pembayaran rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan. Berikut adalah perinciannya:
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Mempunyai Akaun Bank | Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan. |
| Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ | Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). |
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 DIAGIHKAN?
Jumlah bantuan STR Fasa 1 2026 adalah tidak seragam dan ditentukan berdasarkan kategori penerima, seperti yang akan diperincikan dalam jadual berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

CARA BUAT RAYUAN STATUS STR 2026 TIDAK LULUS
Rayuan STR Fasa 1 Dah Dibuka! Kerajaan beri peluang kedua buat permohonan STR 2026 yang sebelum ini status tidak lulus. Berikut adalah butiran tarikh rayuan:
| TARIKH RAYUAN STR 2026 |
|---|
| Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026 |

Langkah mudah buat rayuan STR:
1️⃣ Masuk 👉 https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemaskini maklumat & upload dokumen berkaitan
5️⃣ Hantar permohonan & simpan bukti ✔️

LOGIN AKAUN BAHARU MYSTR
Akaun MySTR sangat digalakkan untuk dimiliki oleh semua pemohon sama ada baharu atau sedia ada bagi memudahkan semakan status, maklumat bayaran serta pengurusan data peribadi. Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran akaun baharu MySTR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

BAGAIMANA CARA PERMOHONAN STR 2026?
Bagi individu yang belum pernah memohon STR, permohonan baharu boleh dibuat sepanjang tahun melalui sistem MySTR dengan memastikan semua maklumat diisi dengan tepat. Cara lengkap permohonan seperti di bawah:
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN STR 2026
Bagi mengelakkan isu kelayakan, pemohon disarankan untuk sentiasa mengemas kini maklumat pendapatan, tanggungan dan butiran peribadi melalui portal MySTR. Panduan ringkas kemaskini maklumat seperti berikut:
- Log masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Status menunjukkan keputusan penilaian sama ada permohonan diluluskan, tidak lulus atau masih diproses.
Tidak, bayaran hanya diberikan kepada pemohon yang melepasi syarat kelayakan semasa.
Perbezaan bergantung kepada maklumat pendapatan, tanggungan dan data yang direkodkan.
Ya, status boleh berubah sekiranya terdapat kemaskini data atau keputusan rayuan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Status Permohonan STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/