SEMAKAN SARA BUJANG 2026 : CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN BULANAN BAGI PENERIMA BUJANG

SEMAKAN SARA BUJANG 2026 : CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN BULANAN BAGI PENERIMA BUJANG

Semakan SARA 2026 penting bagi individu bujang untuk mengetahui status kelayakan serta bayaran bantuan bulanan yang disalurkan melalui program SARA MyKasih. Melalui semakan ini, penerima boleh memastikan bantuan diterima mengikut jadual serta memahami kaedah penggunaan kredit yang disediakan.

Rujuk info lengkap di bawah untuk tindakan selanjutnya.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN SARA BUJANG 2026?

Kelayakan SARA Bujang 2026 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria asas bagi memastikan bantuan disasarkan kepada individu yang benar-benar memerlukan. Syarat-syaratnya adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori bujang.
  • Berumur 21 – 59 tahun (OKU: 19 – 59 tahun).
  • Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.

BILA TARIKH SARA BUJANG 2026 DISALURKAN?

Pelaksanaan bayaran SARA 2026 dibuat mengikut jadual agihan yang telah ditetapkan bagi setiap kategori penerima. Tarikh pembayaran SARA 2026 bagi kategori bujang adalah pada:

🗓️ TARIKH BAYARAN SARA BUJANG
Mulai 16 Januari 2026

🔍Individu bujang boleh mula buat semakan status SARA 2026 sehari sebelum tarikh pelaksanaan.

BILA TARIKH SARA BUJANG 2026 DISALURKAN

SEMAKAN SARA BUJANG 2026

Penerima kategori bujang yang layak boleh membuat semakan SARA 2026 secara dalam talian melalui Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA di sara.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Hotline STR 1-800-88-2747 atau MyKasih 03-7720 1800. Berikut adalah langkah lengkap semakan SARA 2026 kategori bujang:

SEMAKAN SARA BUJANG 2026 MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
SEMAKAN SARA BUJANG 2026

SEMAKAN SARA BUJANG 2026 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran
    • Semak baki bantuan
SEMAKAN SARA BUJANG 2026

SARA BUJANG 2026 SEMAKAN MELALUI MYGOV MALAYSIA

Bagi semakan SARA Bujang 2026 melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu mendaftar dan log masuk menggunakan MyDigital ID yang sah sebelum mengakses maklumat bantuan. Panduan ringkasnya seperti berikut:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bantuan Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BERAPA JUMLAH SARA BUJANG 2026 DIAGIHKAN?

Bantuan SARA MyKasih bulanan membolehkan penerima bujang menerima kredit sehingga RM100, bergantung kepada kategori kelayakan yang ditetapkan. Butirannya seperti di bawah:

BERAPA JUMLAH SARA BUJANG 2026 DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA JUMLAH KESELURUHAN
(RM)
KADAR BULANAN
(RM)
Bujang (Pendapatan <RM2,500)60050
Bujang Miskin Tegar (eKasih)1,200100
BERAPA JUMLAH SARA BUJANG 2026 DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA eKasih

PENGHARGAAN SARA

  • Selain bantuan bulanan, inisiatif SARA turut menyediakan bayaran RM100 secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang mula diagihkan mulai 9 Februari 2026.
BERAPA JUMLAH SARA BUJANG 2026 DIAGIHKAN

LANGKAH PEMBELIAN BARANG SARA GUNA MYKAD

Penggunaan bantuan SARA MyKasih dilakukan dengan memilih barangan yang diluluskan dan menggunakan MyKad di kaunter pembayaran bagi tujuan pengesahan. Rujuk panduan ringkas di bawah:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
LANGKAH PEMBELIAN BARANG SARA GUNA MYKAD

SEMAKAN BAKI KREDIT SARA MYKASIH

Semakan baki kredit SARA MyKasih boleh dibuat melalui beberapa saluran rasmi yang telah ditetapkan bagi memudahkan penerima memantau penggunaan bantuan. Berikut adalah perinciannya:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
SEMAKAN BAKI KREDIT SARA MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah SARA Bujang diberikan setiap bulan?

Ya, bantuan disalurkan secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Perlu ke buat permohonan baharu untuk SARA Bujang?

Tiada permohonan diperlukan, selagi data STR penerima masih sah dan dikemaskini.

Bolehkah baki kredit digunakan sekaligus?

Penggunaan bergantung kepada baki semasa dan jenis barangan yang dibenarkan.

Apa perlu dibuat jika bayaran tidak diterima?

Penerima disarankan menyemak status dan menghubungi talian bantuan rasmi.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semakan SARA Bujang 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment