JADUAL BAYARAN STR 2026 : SEMAK TARIKH, JUMLAH BAYARAN & STATUS KELAYAKAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan sebagai inisiatif bantuan kewangan kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat. Melalui pelaksanaan STR 2026 berfasa, penerima yang layak boleh membuat semakan jadual bayaran, jumlah bantuan serta status kelayakan secara dalam talian melalui saluran rasmi yang disediakan.
Info lanjut tersedia di bawah ini.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Syarat kelayakan STR 2026 masih berpandukan garis panduan sedia ada, dengan penambahbaikan tertentu bagi memastikan proses agihan bantuan lebih telus dan adil kepada penerima yang layak. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Bagi individu bujang, anda akan menerima Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN?
Pembayaran STR 2026 dijadualkan secara berperingkat melibatkan empat (4) fasa, tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan. Bagi STR 2026 Fasa 1, bayaran dijangka mula dikreditkan mengikut tarikh yang dinyatakan seperti dalam jadual berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

JADUAL BAYARAN STR 2026
Jumlah kelayakan STR Fasa 1 2026 adalah berbeza mengikut kategori penerima dan akan diperincikan dalam jadual bayaran yang diumumkan secara rasmi. Bagi bayaran STR Fasa 1 2026, semak jadual berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

BAGAIMANA CARA SEMAK BAYARAN STR 2026?
Semakan status STR Fasa 1 2026 boleh dibuat oleh penerima melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.hasil.gov.my atau dengan menghubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 pada waktu operasi yang ditetapkan. Berikut adalah langkah lengkap semakan:
SEMAK BAYARAN STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAK BAYARAN STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Bagi semakan melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu memastikan MyDigital ID telah didaftarkan dan diaktifkan terlebih dahulu sebelum mengakses perkhidmatan semakan STR 2026. Panduan ringkasnya seperti di bawah:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan STR 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR 2026 DISALURKAN?
Agihan bantuan STR 2026 dibuat melalui kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan kelayakan penerima. Secara ringkasnya, bayaran bantuan akan diagihkan mengikut penerima seperti perincian berikut:
- Penerima Mempunyai Akaun Bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
- Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
- Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
DAFTAR AKAUN MYSTR
Penerima STR 2026 sama ada pemohon baharu atau sedia ada digalakkan memiliki akaun MySTR bagi memudahkan semakan status, maklumat bayaran, kemaskini data serta akses kepada pengumuman terkini. Berikut adalah langkah mudah untuk daftar akaun MySTR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

CARA MOHON STR 2026
Pemohon yang layak tetapi belum pernah memohon STR boleh membuat permohonan baharu sepanjang tahun melalui sistem MySTR dengan memastikan semua maklumat diisi dengan tepat sebelum dihantar. Ikuti langkah di bawah:
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

KEMASKINI MAKLUMAT STR MELALUI PORTAL RASMI
Bagi mengelakkan isu kelayakan, pemohon disarankan untuk mengemas kini maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan secara berkala melalui portal MySTR. Berikut adalah cara mudah untuk kemaskini:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Maklumat jadual bayaran biasanya dimaklumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa melalui kenyataan rasmi dan portal berkaitan.
Tidak. Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima serta bilangan tanggungan yang didaftarkan.
Kebiasaannya tidak, kecuali terdapat perubahan maklumat atau permohonan dikemas kini oleh pihak berwajib.
Pemohon boleh menyemak sebab ketidaklulusan dan mengemas kini maklumat jika dibenarkan dalam tempoh yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Jadual Bayaran STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/