BANTUAN SCOOTER ELECTRIC : (MARiiCas) SKIM GALAKKAN PENGGUNAAN MOTOSIKAL ELEKTRIK UNTUK RAKYAT
Bantuan Scooter Electric menerusi skim MARiiCas diperkenalkan sebagai inisiatif kerajaan bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik dalam kalangan rakyat Malaysia. Skim ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati insentif pembelian motosikal elektrik yang lebih mesra alam, jimat kos dan menyokong agenda mobiliti hijau negara. Permohonan dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui sistem rasmi yang disediakan oleh MARii.
Maklumat lanjut tersedia di bawah.

BACA JUGA: PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2026
APA ITU BANTUAN SCOOTER ELECTRIC (MARiiCas)?
Skim MARiiCas atau Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik merupakan inisiatif yang dikendalikan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Ia bertujuan memberi insentif kepada pengguna yang ingin beralih daripada motosikal konvensional kepada motosikal elektrik yang lebih lestari dan efisien.
Melalui skim ini, pemohon yang layak akan menerima kelulusan dalam bentuk kod QR, yang boleh digunakan untuk pembelian motosikal elektrik daripada pengeluar yang diluluskan oleh MARii.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SCOOTER ELECTRIC
Syarat-syarat kelayakan adalah:
✅ Individu yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah
✅ Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas
✅ Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2)

BERAPA JUMLAH BANTUAN SCOOTER ELECTRIC YANG DISALURKAN?
Jumlah bantuan yang disalurkan adalah seperti perincian berikut:
- Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik.
- Pembelian secara tunai atau pinjaman adalah berdasarkan harga motosikal yang TELAH ditolak rebat sebanyak RM2,400; atau
- Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.
- Langganan adalah penggunaan motosikal elektrik secara sewaan dengan Syarikat Pengeluar sehingga tempoh sewaan tamat.
CARA PERMOHONAN BANTUAN SCOOTER ELECTRIC
Untuk memohon Bantuan Scooter Electric MARiiCas, pemohon perlu melalui beberapa langkah mudah seperti berikut:
- Pendaftaran Akaun Pemohon. Layari https://insentif.marii.my/
- Pemohon perlu mendaftar akaun menggunakan alamat emel peribadi yang sah melalui sistem permohonan MARiiCas. Emel tersebut perlu disahkan melalui pautan pengesahan yang dihantar.
- Pengesahan Emel & Akses Permohonan
- Selepas pengesahan emel berjaya, pemohon boleh log masuk ke sistem dan memulakan permohonan bagi mendapatkan insentif di bawah skim MARiiCas.
- Muat Naik Dokumen Sokongan
- Pemohon dikehendaki memuat naik semua dokumen sokongan yang diperlukan. Pastikan dokumen jelas, lengkap dan maklumat yang diberikan adalah tepat kerana ia akan disemak oleh pihak MARii.
- Semakan & Kelulusan Permohonan
- Permohonan yang memenuhi syarat akan disemak oleh MARii. Jika diluluskan, pemohon akan menerima emel pengesahan.
- Muat Turun Kod QR Insentif
- Pemohon yang berjaya akan diberikan kod QR, yang boleh digunakan untuk pembelian motosikal elektrik daripada syarikat pengeluar yang diiktiraf MARii. Senarai pengeluar boleh dirujuk di: 👉 https://insentif.marii.my/mariicas
- Tempoh Sah Kod QR
- Kod QR yang dikeluarkan hanya sah digunakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Jika tempoh tamat, pemohon perlu membuat permohonan baharu untuk mendapatkan kod QR yang baharu.
- Kod QR yang dikeluarkan hanya sah digunakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Jika tempoh tamat, pemohon perlu membuat permohonan baharu untuk mendapatkan kod QR yang baharu.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN:
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MARiiCas.
- Semua dokumen mesti jelas dan maklumat adalah benar.
- Kod QR wajib digunakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pembelian hanya sah melalui pengeluar motosikal elektrik yang diluluskan MARii.

JENIS MODEL MOTOSIKAL YANG DITAWARKAN
Terdapat dua (2) jenis model motosikal yang ditawarkan untuk Bantuan Scooter Electric. Berikut adalah perinciannya:
| Jenis Model | Huraian Ringkas |
|---|---|
| CKD (Completely Knocked Down) | -Motosikal yang dipasang di Malaysia -Pemasangan tempatan -Terbuka kepada semua pemohon MARiiCas yang diluluskan |
| CBU (Completely Built Up) | -Motosikal yang diimport sepenuhnya ke Malaysia -Import luar negara -Terhad kepada pemohon MARiiCas tahun 2024 yang telah diluluskan sahaja |
SOALAN LAZIM (FAQ)
Untuk menggalakkan rakyat menggunakan motosikal elektrik yang lebih mesra alam.
Tidak. Semua permohonan dilakukan secara dalam talian.
Tidak. Hanya motosikal daripada pengeluar yang disahkan MARii sahaja layak.
Ya, jika dokumen tidak lengkap atau maklumat tidak tepat.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Scooter Electric ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi MARiiCas: https://insentif.marii.my/mariicas
- E-mel: [email protected]
- Telefon: +603 – 8318 7742