SARA BUJANG 2026 : SEMAK JUMLAH & TARIKH BAYARAN BAGI PENERIMA YANG LAYAK

SARA BUJANG 2026 : SEMAK JUMLAH & TARIKH BAYARAN BAGI PENERIMA YANG LAYAK

SARA Bujang 2026 diperkenalkan sebagai inisiatif sokongan kos sara hidup khusus untuk individu bujang yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan. Melalui bantuan ini, penerima layak menerima kredit bantuan sama ada secara bulanan atau one-off, yang disalurkan melalui sistem MyKasih. Semakan status, jumlah bantuan dan tarikh bayaran boleh dibuat secara dalam talian bagi memudahkan perancangan kewangan penerima.

Info penting telah dihimpunkan di bawah.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN SARA BUJANG 2026?

Beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan bantuan hanya disalurkan kepada individu bujang yang benar-benar memenuhi syarat yang ditentukan. Antara syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori bujang.
  • Berumur 21 – 59 tahun (OKU: 19 – 59 tahun).
  • Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.

BILA TARIKH BAYARAN SARA BUJANG 2026 DIKREDITKAN?

Bayaran SARA 2026 bagi kategori bujang adalah pada:

🗓️ TARIKH BAYARAN SARA BUJANG
Mulai 16 Januari 2026

🔍 Individu bujang yang layak boleh mula menyemak status bantuan sehari sebelum tarikh pelaksanaan.

BILA TARIKH BAYARAN SARA BUJANG 2026 DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH SARA BUJANG 2026 DIAGIHKAN?

Melalui bantuan SARA secara bulanan, penerima bujang layak menerima kredit bantuan sehingga RM100, tertakluk kepada kategori dan kelayakan seperti butiran berikut:

BERAPA JUMLAH SARA BUJANG 2026 DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA JUMLAH KESELURUHAN
(RM)
KADAR BULANAN
(RM)
Bujang (Pendapatan <RM2,500)60050
Bujang Miskin Tegar (eKasih)1,200100
BERAPA JUMLAH SARA BUJANG 2026 DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA eKasih

PENGHARGAAN SARA

  • Selain bantuan bulanan, kerajaan turut menyalurkan bantuan RM100 secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui inisiatif SARA, yang mula dikreditkan pada 9 Februari 2026.
BERAPA JUMLAH SARA BUJANG 2026 DIAGIHKAN

CARA SEMAK STATUS SARA

Penerima bujang yang layak boleh menyemak status bantuan SARA 2026 secara atas talian melalui Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA https://sara.gov.my. Untuk pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bantuan STR 1-800-88-2747 atau MyKasih 03-7720 1800 seperti yang disediakan. Berikut adalah langkah lengkap semakan:

SEMAK STATUS SARA BUJANG 2026 MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
CARA SEMAK STATUS SARA

SEMAK STATUS SARA BUJANG 2026 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran
    • Semak baki bantuan
CARA SEMAK STATUS SARA

SARA BUJANG 2026 SEMAK STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Bagi semakan melalui platform MyGOV Malaysia, pengguna perlu mendaftar dan log masuk menggunakan MyDigital ID yang sah sebelum sebarang semakan boleh dibuat. Langkah ringkasnya seperti berikut:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bantuan Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

SEMAKAN BAKI KREDIT BANTUAN SARA MYKASIH

Penerima boleh membuat semakan baki kredit SARA MyKasih melalui beberapa saluran rasmi yang telah ditetapkan bagi memudahkan pemantauan penggunaan bantuan. Butirannya seperti di bawah:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
SEMAKAN BAKI KREDIT BANTUAN SARA MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

BAGAIMANA CARA BELI BARANG SARA GUNA MYKAD?

Untuk menggunakan bantuan SARA, penerima hanya perlu memilih barangan yang dibenarkan, mengesahkan MyKad di kaunter dan meneruskan pembayaran seperti biasa. Berikut adalah langkah lengkap pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA BELI BARANG SARA GUNA MYKAD

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah SARA Bujang sama dengan STR bujang?

Tidak. SARA Bujang adalah skim berasingan yang menggantikan bantuan tunai bagi kategori bujang.

Di mana bantuan SARA MyKasih boleh digunakan?

Ia boleh digunakan di kedai dan pasar raya terpilih yang berdaftar di bawah program MyKasih.

Bolehkah baki bantuan dibawa ke bulan seterusnya?

Tertakluk kepada terma semasa MyKasih dan tempoh sah kredit bantuan.

Bantuan SARA Bujang dikreditkan ke akaun bank atau MyKad?

Bantuan disalurkan dalam bentuk kredit yang boleh digunakan melalui MyKad.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi SARA Bujang 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment