STR 2026 KELAYAKAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN TUNAI

STR 2026 KELAYAKAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN TUNAI

Bantuan Tunai STR 2026 diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah meneruskan kehidupan dengan lebih stabil. Melalui semakan kelayakan STR 2026, penerima boleh menyemak sama ada mereka masih layak menerima bantuan atau perlu membuat kemaskini maklumat. Proses ini penting untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran yang benar-benar memerlukan.

Ikuti maklumat lengkap yang disediakan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Kerajaan mengekalkan syarat kelayakan STR 2026 seperti tahun lalu dengan beberapa penambahbaikan untuk memastikan bantuan diagih secara adil. Berikut butirannya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Penting: Mulai tahun 2026, penerima bujang tidak lagi layak di bawah STR, sebaliknya mereka akan dibantu melalui inisiatif SARA.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG AKAN DIBERI?

STR 2026 menawarkan jumlah bayaran berbeza mengikut kategori penerima; isi rumah B40, isi rumah M40 serta warga emas tanpa pasangan. Lihat jadual di bawah untuk butiran penuh:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600

DAFTAR AKAUN STR 2026 & SEMAKAN KELAYAKAN

Untuk akses sistem MySTR 2026, semua penerima sama ada baharu atau sedia ada perlu mendaftar akaun MySTR. Ikuti langkah-langkah pendaftaran berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
DAFTAR AKAUN STR 2026 & SEMAKAN KELAYAKAN

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
DAFTAR AKAUN STR 2026 & SEMAKAN KELAYAKAN

BAGAIMANA PERMOHONAN STR 2026 DIBUAT?

Terdapat dua pilihan untuk memohon STR iaitu melalui portal MySTR secara atas talian (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau secara manual di kaunter LHDN. Ikuti panduan permohonan berikut:

Permohonan Online

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.
BAGAIMANA PERMOHONAN STR 2026 DIBUAT

Permohonan Manual (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan,
    • Sijil nikah atau surat cerai,
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT DALAM PORTAL MYSTR

Proses kemaskini maklumat terkini STR 2026 bagi memastikan kelayakan penerima boleh dilakukan secara digital tanpa perlu hadir ke kaunter LHDN. Hanya log masuk ke akaun MySTR dan sahkan maklumat anda. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT DALAM PORTAL MYSTR

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026 KELAYAKAN

Apa perlu dibuat jika status menunjukkan “tidak layak”?

Anda boleh membuat rayuan STR 2026 secara online apabila tempoh rayuan dibuka.

Adakah penerima STR 2025 automatik layak untuk STR 2026?

Tidak semestinya. Penerima perlu memastikan maklumat pendapatan dan status keluarga dikemaskini.

Apa faktor utama yang menyebabkan permohonan tidak layak?

Antara sebabnya ialah pendapatan melebihi had kelayakan, maklumat tidak lengkap atau perubahan status isi rumah.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR 2026 Kelayakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment