PERMOHONAN STR 2026 ONLINE : SEMAK KELAYAKAN & DAFTAR AKAUN PENERIMA
Kerajaan membuka permohonan STR 2026 online bagi memudahkan rakyat mengurus pendaftaran dan kemaskini bantuan tunai. Semua urusan boleh dilakukan melalui portal MySTR dengan hanya beberapa langkah mudah. Proses ini membolehkan pemohon semak kelayakan, daftar akaun baru, dan check status bayaran dengan cepat serta selamat.
Ketahui cara permohonan lengkap STR 2026 secara online melalui info lanjut di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Syarat kelayakan STR 2026 tidak banyak berubah, hanya diperhalusi sedikit untuk memastikan agihan lebih telus dan saksama. Antara syarat STR 2026 yang perlu dipenuhi bagi membuat permohonan online atau manual ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman: Kategori bujang tidak lagi menerima bayaran di bawah STR 2026, sebaliknya akan menerima bantuan khas melalui Program SARA.
BERAPA JUMLAH STR 2026 YANG AKAN DISALURKAN?
Bayaran STR 2026 diagihkan mengikut kategori penerima layak iaitu B40, M40, dan warga emas tanpa pasangan. Berikut maklumat lanjut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |
CARA DAFTAR AKAUN BARU STR 2026
Bagi tahun 2026, pendaftaran akaun MySTR diwajibkan kepada semua penerima termasuk mereka yang sudah pernah memohon STR sebelum ini ataupun pengguna baru. Rujuk langkah daftar di bawah:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

PERMOHONAN STR 2026 ONLINE
Permohonan STR 2026 kini dibuka melalui dua saluran utama iaitu online di portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my dan secara manual di kaunter LHDN. Semak langkah permohonan di bawah:
Permohonan Online STR 2026
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan Manual STR 2026 (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan,
- Sijil nikah atau surat cerai,
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
BAGAIMANA CARA KEMASKINI MAKLUMAT DALAM PORTAL MYSTR?
Penerima STR digalakkan mengemas kini maklumat masing-masing bagi memastikan bantuan diagihkan dengan tepat dan cepat. Rujuk langkah-langkah berikut:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN STR 2026 ONLINE
Individu yang tidak pernah menerima STR sebelum ini atau yang tidak tersenarai sebagai penerima tahun 2025.
Kebiasaannya antara 2 hingga 4 minggu selepas tarikh tutup permohonan.
Boleh, portal MySTR direka mesra peranti mudah alih untuk memudahkan akses.
Tidak. Semua permohonan STR 2026 adalah percuma dan dikendalikan sepenuhnya oleh LHDN.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Permohonan STR 2026 Online ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/