SEMAK KELAYAKAN MYSARA 2026 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & JUMLAH BANTUAN

SEMAK KELAYAKAN MYSARA 2026 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & JUMLAH BANTUAN

Program MySARA 2026 ialah bantuan berbentuk barangan asas yang disalurkan melalui MyKad kepada penerima yang layak. Inisiatif ini membantu isi rumah berpendapatan rendah membeli keperluan harian barangan asas di kedai terpilih. Semakan kelayakan MySARA 2026 boleh dibuat secara dalam talian bagi mengetahui sama ada nama tersenarai sebagai penerima atau tidak.

Teruskan membaca untuk panduan lengkap semakan dan jumlah bantuan MySARA 2026.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2026?

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai syarat kelayakan MySARA 2026, namun dijangka serupa dengan tahun 2024 dan 2025. Semak butiran kelayakan MySARA 2026 seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA; kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BILA TARIKH BAYARAN MYSARA 2026 DISALURKAN?

Tiada tarikh rasmi diumumkan untuk pembayaran SARA 2026 buat masa ini. Jadual fasa dan bayaran bulanan akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi kerajaan.

BILA TARIKH BAYARAN MYSARA 2026 DISALURKAN

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYSARA 2026 DIAGIHKAN?

Bantuan MySARA 2026 diagihkan antara RM50 hingga RM100, bergantung pada kategori kelayakan penerima. Rujuk butiran berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM 1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

*Tambahan bantuan SARA RM600 (bujang) dan RM1200 (isi rumah & warga emas tiada pasangan) sekiranya berada dalam kategori miskin / miskin tegar eKasih.

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYSARA 2026 DIAGIHKAN

*PENGHARGAAN SARA RM100

  • SARA 2026 menyalurkan bantuan tunai RM100 kepada rakyat Malaysia 18 tahun ke atas sekitar Februari 2026.
  • Lebih 22 juta individu dewasa dijangka menerima manfaat ini bagi membantu perbelanjaan musim perayaan.
  • Kerajaan memperuntukkan RM15 bilion hasil penjimatan subsidi bagi menjayakan STR dan SARA.
BERAPA JUMLAH BANTUAN MYSARA 2026 DIAGIHKAN

SEMAK KELAYAKAN MYSARA 2026

Layari Portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau SARA (https://sara.gov.my) untuk semak kelayakan MySARA 2026 anda. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut langkah penuh untuk semak kelayakan MySARA 2026 yang perlu diikuti:

SEMAK KELAYAKAN MYSARA 2026 MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN PORTAL MYSTR

SEMAK KELAYAKAN MYSARA 2026 MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Cara beli barang MyKasih guna IC
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN PORTAL MYKASIH

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN MYSARA 2026 UNTUK PEMBELIAN?

Barangan MySARA boleh dibeli dengan MyKad di kedai terpilih. Hanya pilih barangan yang layak, sahkan MyKad, lakukan bayaran dan simpan resit pembelian. Berikut perinciannya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN MYSARA 2026 UNTUK PEMBELIAN

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK KELAYAKAN MYSARA 2026

Bila pembayaran pertama SARA 2026 dijangka dibuat?

Jika ikut corak tahun sebelumnya, pembayaran pertama dijangka sekitar Februari atau Mac 2026.

Ada aplikasi untuk semak baki SARA?

Ya, boleh guna aplikasi MyKasih di telefon pintar.

Duit SARA masuk akaun bank ke?

Tak, semua kredit dimasukkan terus ke dalam MyKad.

Perlu guna PIN masa nak buat bayaran?

Tak perlu, sistem tolak automatik bila MyKad dibaca.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semak Kelayakan MySARA 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment