PORTAL MYSTR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & CARA MOHON BANTUAN TUNAI RAHMAH
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui pemberian tunai terus ke akaun penerima yang layak. Portal MySTR 2026 ialah platform rasmi bagi semakan, permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR. Melalui portal ini, pengguna boleh log masuk untuk semak status kelayakan, jumlah bayaran dan fasa pembayaran bantuan.
Teruskan membaca artikel ini untuk panduan lengkap berkaitan Portal MySTR 2026 dan cara permohonan bantuan tunai rahmah.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Bagi STR 2026, syarat kelayakan masih sama seperti tahun 2025 namun terdapat beberapa penambahbaikan kecil bagi memastikan bantuan diagihkan dengan lebih adil dan telus. Antara syarat-syaratnya ialah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman: Bagi STR 2026, kategori bujang telah dipindahkan ke Program SARA bagi penerimaan bantuan masing-masing.
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG DISALURKAN?
Bayaran STR 2026 akan diagihkan mengikut kategori penerima yang layak, iaitu isi rumah B40, isi rumah M40 serta warga emas tanpa pasangan. Kategori bujang tidak layak menerima bayaran bagi tahun 2026. Berikut ialah butirannya:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| RM5000 | 600 |
PORTAL MYSTR 2026
Semua penerima STR 2026 sama ada baharu atau sedia ada, perlu mempunyai akaun MySTR bagi memudahkan semakan status dan akses maklumat bantuan. Berikut langkah-langkah pendaftaran akaun baru MySTR 2026:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

BAGAIMANA CARA PORTAL MYSTR 2026 DIKEMASKINI?
Bagi mengelakkan sebarang masalah kelayakan, pemohon disarankan mengemas kini permohonan STR 2026 melalui portal rasmi MySTR mengikut langkah yang ditetapkan. Berikut panduannya:
- Log Masuk Portal MySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

CARA PERMOHONAN STR 2026 MELALUI PORTAL MYSTR
Individu yang layak tetapi belum pernah memohon masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan STR 2026 secara dalam talian. Ikuti panduan di bawah:
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
- Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pergi ke bahagian Permohonan :
- Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
- Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
- Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
- Maklumat individu akan dipaparkan :
- Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
- Lengkapkan maklumat peribadi :
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pergi halaman permohonan seterusnya :
- Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
- Pilih Status Perkahwinan :
- Jika status perkahwinan adalah berkahwin, pilih “Berkahwin”.
- Jika status perkahwinan adalah bercerai, pilih “Bercerai”.
- Jika status belum berkahwin, pilih “Bujang”.
- Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
- Lengkapkan maklumat pasangan :
- Sekiranya anda memilih status perkahwinan sebagai “Berkahwin”, isikan semua maklumat pasangan.
- Isikan maklumat anak (jika ada) :
- Masukkan nama dan nombor MyKid anak anda jika ada dan terhad kepada 5 orang anak (tanggungan) sahaja untuk diisi.
- Muat naik dokumen sokongan :
- Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Masukkan maklumat waris :
- Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
- Sahkan kod Captcha :
- Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
- Hantar borang permohonan :
- Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya :
- Bagi permohonan yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Antaranya ialah pendapatan melebihi had, maklumat tidak sah, atau dokumen tidak lengkap.
Tidak boleh. Akaun MySTR diperlukan untuk semakan terperinci dan status bayaran.
Boleh, dengan hadir ke cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil berhampiran.
Notifikasi akan dipaparkan dalam akaun MySTR selepas hantar borang.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Portal MySTR 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/