PERMOHONAN BANTUAN TUNAI STR : (FASA 1 2026) SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON ONLINE

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI STR : (FASA 1 2026) SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON ONLINE

Bantuan Tunai STR bagi permohonan Fasa 1 tahun 2026 kini dibuka untuk rakyat Malaysia yang layak. Program ini bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup golongan B40 dan M40 melalui bantuan tunai terus ke akaun penerima. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau di cawangan LHDNM seluruh negara.

Ikuti panduan ini untuk mengetahui cara permohonan, semak status dan kelayakan Bantuan Tunai STR 2026.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR 2026?

Kerajaan mengekalkan syarat kelayakan Bantuan Tunai STR 2026 seperti tahun sebelumnya dengan penambahbaikan tertentu bagi memastikan bantuan disalurkan secara telus dan saksama. Syarat kelayakan untuk permohonan Bantuan Tunai STR adalah seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

*Bagi tahun 2026, kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.

BERAPA JUMLAH BANTUAN TUNAI STR YANG DIAGIHKAN?

Jumlah bayaran Bantuan Tunai STR 2026 berbeza mengikut kategori penerima layak iaitu isi rumah B40, isi rumah M40 dan warga emas tanpa pasangan. Penerima bujang tidak termasuk dalam agihan bantuan ini. Berikut butirannya:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0700
1-21200
3-41700
>52200
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0200
1-2450
3-4700
>5950
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000600

PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSTR

Portal MySTR 2026 memerlukan semua penerima baru, termasuk yang pernah menerima STR sebelum ini, untuk daftar akaun semula. Ini bagi memastikan maklumat dan semakan dapat diakses tanpa gangguan. Berikut panduannya:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSTR

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSTR

BAGAIMANA CARA KEMASKINI BANTUAN TUNAI STR?

Untuk mengelakkan sebarang ralat atau isu kelayakan, anda perlu mengemaskini permohonan Bantuan Tunai STR Fasa 1 melalui portal MySTR. Berikut ialah panduan lengkap kemas kini permohonan Bantuan Tunai STR:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
BAGAIMANA CARA KEMASKINI BANTUAN TUNAI STR

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI STR

Pemohon yang belum pernah memohon STR sebelum ini masih berpeluang untuk berbuat demikian bagi STR 2026 melalui portal rasmi secara atas talian. Berikut panduan penuh bagi permohonan Bantuan Tunai STR 2026:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
  2. Pergi ke bahagian Permohonan :
    • Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
    • Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
  4. Masukkan maklumat peribadi :
    • Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
  5. Maklumat individu akan dipaparkan :
    • Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi :
    • Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pergi halaman permohonan seterusnya :
    • Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
  8. Pilih Status Perkahwinan :
    • Jika status perkahwinan adalah berkahwin, pilih “Berkahwin”.
    • Jika status perkahwinan adalah bercerai, pilih “Bercerai”.
    • Jika status belum berkahwin, pilih “Bujang”.
    • Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
  9. Lengkapkan maklumat pasangan :
    • Sekiranya anda memilih status perkahwinan sebagai “Berkahwin”, isikan semua maklumat pasangan.
  10. Isikan maklumat anak (jika ada) :
    • Masukkan nama dan nombor MyKid anak anda jika ada dan terhad kepada 5 orang anak (tanggungan) sahaja untuk diisi.
  11. Muat naik dokumen sokongan :
    • Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  12. Masukkan maklumat waris :
    • Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
  13. Sahkan kod Captcha :
    • Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
  14. Hantar borang permohonan :
    • Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
  15. Permohonan berjaya :
    • Bagi permohonan Bantuan Tunai STR yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI STR

SOALAN LAZIM (FAQ)

Anak lahir tahun 2026, boleh tambah dalam STR?

Boleh, dengan mengemaskini maklumat tanggungan dan memuat naik sijil kelahiran.

STR 2026 guna sistem sama ke macam 2025?

Ya, tapi versi portal MySTR akan dikemas kini untuk capaian lebih stabil.

Ada aplikasi mudah alih MySTR ke?

Buat masa ini tiada aplikasi rasmi, tapi portal boleh diakses melalui telefon pintar.

STR ni boleh dituntut bagi pihak orang lain?

Tidak, kecuali melalui prosedur waris rasmi dengan surat pengesahan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Bantuan Tunai STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment