SEMAK BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN
Penerima STR Fasa 4 kini boleh semak status dan jumlah bayaran secara rasmi bermula pertengahan Oktober 2025. Semakan boleh dilakukan melalui portal MySTR bagi mengetahui jumlah bayaran STR Fasa 4 yang akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing. Fasa ini memberi kelegaan kepada rakyat menjelang akhir tahun dengan bantuan kewangan tambahan.
Maklumat penuh telah dijelaskan di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Bantuan STR Fasa 4 2025 hanya akan diberikan kepada penerima yang menepati syarat kelayakan. Kelayakan ini dibahagikan mengikut kategori pemohon iaitu isi rumah, warga emas serta bujang. Rujuk senarai kelayakan di bawah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
- KATEGORI BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Makluman: Pemohon bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPT tidak boleh membuat permohonan secara individu. Mereka perlu dimasukkan dalam permohonan isi rumah sebagai tanggungan.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 YANG DISALURKAN?
STR Fasa 4 menetapkan jumlah bayaran antara RM150 hingga RM700 mengikut kategori penerima. Semak jadual bayaran STR Fasa 4 berikut untuk mengetahui jumlah yang diterima bagi setiap kategori:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
BILA TARIKH PENGKREDITAN STR FASA 4?
Menurut pengumuman dalam Belanjawan 2026, bayaran STR Fasa 4 2025 akan dikreditkan lebih awal bermula 18 Oktober 2025 bersempena Deepavali. Semak jadual berikut yang menunjukkan tarikh lengkap bagi setiap fasa bayaran STR Fasa 4:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | 12 OGOS |
| FASA 4 | 18 OKTOBER |

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 4 DIAGIHKAN?
Bayaran STR Fasa 4 dibuat sama ada melalui kredit terus ke akaun bank atau secara tunai di BSN. Semak perincian di bawah tentang cara bayaran STR Fasa 4 diagih:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAK BAYARAN STR FASA 4
Status bayaran Bantuan STR Fasa 4 kini boleh di semak dalam portal rasmi STR. Log masuk ke MySTR, tekan Semakan Status, dan pastikan maklumat anda dikemas kini. Untuk bantuan, hubungi BKK di 1-800-88-2747. Ini cara daftar akaun baharu MySTR bagi penerima yang layak:
- Layari Portal Rasmi STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, tuntutan secara tunai boleh dibuat di kaunter BSN berdekatan.
Bayaran mungkin gagal dikreditkan; semak status di MySTR dan kemas kini segera.
Ya, portal STR mesra telefon pintar dan mudah diakses.
Reset kata laluan di portal atau hubungi hotline BKK.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak Bayaran STR Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]