BELANJAWAN 2026 STR BAYARAN BAGI FASA 4 2025 OKTOBER INI

BELANJAWAN 2026 STR BAYARAN BAGI FASA 4 2025 OKTOBER INI

Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri mengumumkan bahawa STR Fasa 4 akan dibayar lebih awal dalam Oktober ini. Bayaran ini menandakan penutup bantuan bagi tahun 2025 dan diteruskan di bawah kerangka Ekonomi Madani bagi memastikan rakyat terus mendapat sokongan kewangan berterusan.

Ikuti artikel ini untuk kupasan penuh info terkini.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?

STR ada syarat kelayakan tersendiri. Pemohon perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan mengikut kategori sama ada isi rumah, warga emas atau bujang. Berikut ialah kriteria kelayakan:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Perhatian: Individu bujang (masih menuntut di IPTA/IPTS) tidak layak memohon kategori bujang. Mereka hanya boleh disenaraikan di bawah tanggungan isi rumah. Mengikut Belanjawan 2026, kategori bujang tidak lagi tersenarai di bawah STR dan akan menerima bantuan melalui program SARA sahaja.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 YANG DISALURKAN?

Setiap penerima STR Fasa 4 2025 akan menerima jumlah bantuan yang berbeza antara RM150 hingga RM700, bergantung pada kategori kelayakan masing-masing. Lihat butiran dalam jadual berikut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
01000500150150200
1-21500500300350350
3-42000500500500500
>52500500650650700
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
0500150100150100
1-2750150200200200
3-41000250250250250
>51250300300300350
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150
  • BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
KELAYAKAN MAKSIMUM
(RM)
FASA 1
(RM)
FASA 2
(RM)
FASA 3
(RM)
FASA 4
(RM)
600150150150150

BAGAIMANA CARA BAYARAN STR DIAGIHKAN?

STR Fasa 4 akan diagihkan mengikut kategori penerima, sama ada melalui kredit akaun bank atau bayaran tunai di cawangan BSN. Perincian adalah seperti berikut:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN?

Kerajaan telah mengesahkan bahawa bayaran STR Fasa 4 2025 akan dibuat lebih awal, iaitu mulai 18 Oktober 2025, sempena Deepavali. Pengumuman bayaran STR ini dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2026. Lihat jadual di bawah untuk perincian bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 312 OGOS
FASA 418 OKTOBER
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DIKREDITKAN

STR FASA 4 SEMAKAN STATUS BAYARAN

Anda boleh menyemak status bayaran STR Fasa 4 di portal rasmi STR. Hanya log masuk akaun MySTR dan tekan Semakan Status. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Hotline BKK 1-800-88-2747. Berikut panduan daftar akaun baharu MySTR bagi penerima sedia ada:

  1. Layari Portal Rasmi STR:
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:

  • Kembali ke laman Log Masuk.
  • Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
  • Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.
LOGIN STR FASA 4 SEMAKAN STATUS BAYARAN

SOALAN LAZIM (FAQ) BELANJAWAN 2026 STR

Siapa layak terima STR dalam Belanjawan 2026?

Isi rumah dan warga emas berpendapatan rendah.

Bila bayaran STR mengikut Belanjawan 2026 akan dibuat?

Dijangka secara berperingkat dalam empat fasa sepanjang tahun.

Siapa uruskan Bantuan STR?

Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Permohonan baru perlu dibuat setiap tahun ke?

Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Belanjawan 2026 STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment