SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 – SEMAK DUIT DALAM MYKAD
Pada tahun ini, kerajaan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih sebagai inisiatif penting dalam Belanjawan 2025. Program ini memberi manfaat kepada lebih 5.4 juta penerima yang terdiri daripada golongan B40 dan sebahagian M40 yang layak. Melalui bantuan ini, setiap penerima menerima kredit tanpa tunai RM100 sebulan yang terus dimasukkan ke dalam MyKad masing-masing. Wang tersebut hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 7300 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos sara hidup, tetapi juga memastikan bantuan kerajaan sampai kepada tujuan sebenar. SARA MyKasih 2025 menjadi antara bentuk sokongan sosial yang paling dekat dengan rakyat kerana manfaatnya dapat dirasai setiap bulan.
Semakan status SARA MyKasih boleh dibuat secara online bagi memastikan penerima mengetahui kelayakan serta jumlah bantuan yang dikreditkan. Artikel ini sediakan panduan lengkap untuk anda.
BACA JUGA: SEMAK PANDUAN LENGKAP KELAYAKAN BANTUAN RM100 DALAM IC
APA SYARAT KELAYAKAN STATUS SARA MYKASIH?
Bantuan SARA MyKasih diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang menepati syarat kelayakan. Ia meliputi pemohon daripada kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Rujuk butiran di bawah untuk maklumat lanjut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA YANG DIKREDITKAN?
Jumlah bantuan SARA MyKasih yang diterima oleh penerima akan berbeza mengikut kategori dan ia akan dikreditkan terus ke MyKad mereka. Golongan B40 layak menerima antara RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat lanjut mengenai kategori dan jumlah bantuan:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
BILA TARIKH BANTUAN SARA MYKASIH AKAN DIBAYAR?
Tarikh Bantuan SARA MyKasih akan dibayar secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima yang layak dari kategori B40 dan M40 pada setiap awal bulan, seperti yang diperincikan di bawah:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BAGAIMANA CARA GUNA DUIT BANTUAN DALAM MYKAD?
Cara guna duit bantuan SARA MyKasih untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS DIBUAT?
Semakan status kelayakan Bantuan SARA MyKasih kini boleh dibuat secara online. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh status SARA MyKasih:
SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

RUJUKAN
Panduan bagi SARA MyKasih Semakan Status ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]