MYSARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Kerajaan telah menegaskan komitmennya dalam membantu rakyat melalui program MySARA 2025 yang diumumkan dalam Belanjawan 2025. Bantuan ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif terdahulu di bawah SARA MyKasih yang kini memanfaatkan lebih 5.4 juta penerima di seluruh Malaysia. Melalui MySARA, penerima layak daripada kalangan B40 dan M40 terpilih akan menerima bantuan RM100 setiap bulan yang terus dikreditkan ke dalam MyKad. Bantuan tersebut boleh digunakan untuk membeli pelbagai barang asas keperluan harian dan produk penting lain. Lebih 7300 kedai runcit serta pasar raya telah disediakan sebagai lokasi sah pembelian, bagi memudahkan rakyat mengakses bantuan ini. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat yang layak mendapat sokongan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Semakan status bayaran MySARA bantuan MyKasih dalam MyKad 2025 boleh dilakukan secara atas talian dengan mudah. Ikuti artikel ini untuk info lanjut.
BACA JUGA: CHECK KELAYAKAN PENERIMA TERKINI BANTUAN MYKASIH SECARA ONLINE
APA SYARAT KELAYAKAN STATUS BANTUAN MYSARA?
Bantuan MySARA 2025 di bawah program MyKasih menyasarkan penerima daripada golongan B40 dan M40, dengan syarat kelayakan tertentu yang mesti dipenuhi. Bantuan ini melibatkan kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Perinciannya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
JUMLAH BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD
- Jumlah bantuan MySARA di bawah program MyKasih mengikut kategori penerima:
- B40: RM600 – RM2100
- M40: RM450 – RM900
- Semua bayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima yang layak. Rujuk jadual di bawah untuk pecahan lanjut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
BILA TARIKH BAYARAN MYSARA AKAN DISALURKAN?
Bayaran Bantuan MySARA akan disalurkan pada setiap awal bulan kepada penerima yang layak, sama ada daripada kategori B40 atau M40. Perinciannya adalah seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
CARA GUNA BAYARAN MYSARA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD
Cara guna bayaran MySARA untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

MYSARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Semakan status bayaran MySARA bantuan MyKasih dalam MyKad 2025 kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh status bayaran MySARA bantuan MyKasih dalam MyKad 2025:
MYSARA SEMAKAN STATUS BAYARAN MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

MYSARA SEMAKAN STATUS BAYARAN MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAM LAZIM (FAQ) MYSARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Tidak. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kredit tanpa tunai dalam MyKad, bukan tunai di bank.
Penerima hanya boleh beli 14 kategori barangan asas yang diluluskan seperti beras, minyak masak, telur, roti, susu dan keperluan dapur lain. Barangan seperti rokok, aksesori fesyen dan barang permainan kanak-kanak adalah tidak dibenarkan.
Ya, baki yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan berikutnya. Tetapi ia hanya sah sehingga 31 Disember 2025.
Ya, boleh. Asalkan barang tersebut termasuk dalam kategori barangan asas yang dibenarkan dalam program ini.
RUJUKAN
Panduan bagi MySARA semakan status bayaran bantuan MyKasih dalam MyKad 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]