BANTUAN SARA MYKASIH SEMAKAN : SEMAK BAYARAN DALAM MYKAD 2025
Belanjawan 2025 terus menekankan aspek kebajikan rakyat melalui pelaksanaan Bantuan SARA MyKasih. Program ini memberi tumpuan kepada golongan B40 serta M40 yang layak, dengan jumlah penerima seramai lebih 5.4 juta orang di seluruh negara. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kredit bulanan sebanyak RM100 yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima. Dana tersebut hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas penting di kedai runcit dan pasar raya berdaftar, melibatkan lebih 7300 premis di Malaysia. Dengan pelaksanaan ini, kerajaan berharap dapat meringankan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Program SARA MyKasih juga membantu memastikan rakyat mendapat keperluan harian pada harga berpatutan tanpa perlu menanggung beban tambahan.
Semakan status bantuan SARA MyKasih ini boleh dibuat secara online, membolehkan penerima menyemak kelayakan dan bayaran dengan lebih cepat dan mudah. Semua info penting ada dalam artikel ini.
BACA JUGA: CHECK STATUS BAYARAN SARA TERKINI DALAM MYKAD 2025
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH?
Syarat kelayakan bantuan SARA MyKasih yang ditetapkan untuk golongan B40 dan M40 mestilah dipenuhi sebelum membuat permohonan. Ia terbuka kepada pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah maklumat lanjut syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH DIKREDITKAN?
Tarikh pengkreditan bantuan SARA MyKasih ditetapkan pada awal bulan, mengikut kategori penerima layak sama ada B40 atau M40. Butirannya adalah seperti berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH YANG DISALURKAN?
Bantuan SARA MyKasih menyalurkan jumlah bantuan berbeza mengikut kelayakan penerima. Golongan B40 menerima antara RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima antara RM450 hingga RM900. Bantuan ini akan dikreditkan secara terus ke MyKad penerima, seperti yang diringkaskan dalam jadual berikut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN?
Cara guna bantuan SARA MyKasih untuk membuat pembelian menggunakan MyKad, pertama sekali penerima perlu memlilih barangan yang diluluskan. Kemudian, tunjuk MyKad di kaunter bayaran untuk pengesahan dan tukar nombor pin baru. Seterusnya, imbas kod barangan, buat bayaran dan simpan resit pembelian untuk rujukan. Penerima bantuan boleh merujuk panduan ringkas di bawah bagi memahami cara menggunakan bantuan tanpa tunai yang telah dikreditkan:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

BAGAIMANA BANTUAN SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS DILAKUKAN?
Semakan status bantuan SARA MyKasih kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah semakan penuh bantuan SARA MyKasih:
BANTUAN SARA MYKASIH SEMAKAN MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

BANTUAN SARA MYKASIH SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan SARA MyKasih Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]