SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN ONLINE STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan inisiatif kerajaan yang disalurkan melalui sistem MyKasih bagi membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan harian. Bantuan SARA 2026 ini diberikan dalam MyKad secara kredit bulanan yang boleh digunakan untuk membeli barangan asas di kedai terpilih. Melalui penggunaan MyKad, proses pembayaran menjadi lebih mudah, selamat dan telus.
Artikel ini menghuraikan kaedah semakan, syarat kelayakan, jumlah bantuan serta panduan penggunaan SARA 2026.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026?
Kelayakan SARA Bulanan dalam MyKad 2026 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria asas bagi memastikan bantuan diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara faktor utama penilaian termasuk:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN?
Bantuan SARA MyKasih bulanan 2026 dalam MyKad membolehkan penerima menerima kredit sehingga RM200 sebulan, bergantung kepada kategori kelayakan. Berikut perinciannya:

| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA
- Selain bantuan bulanan, inisiatif SARA turut menyediakan bayaran RM100 secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Bayaran ini mula diagihkan bermula 9 Februari 2026 dan bertujuan meringankan perbelanjaan awal tahun.

BILA TARIKH SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026 DISALURKAN?
Pelaksanaan bayaran SARA 2026 dibuat mengikut tarikh agihan yang ditetapkan berdasarkan kategori penerima seperti butiran di bawah:
- đď¸ 9 Jan 2026
- Isi rumah & warga emas
- đď¸ 16 Jan 2026
- Individu bujang

SEMAKAN SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026
Penerima boleh membuat semakan melalui saluran rasmi berikut:
- Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal SARA: sara.gov.my
Pertanyaan juga boleh dibuat melalui: Hotline STR: 1-800-88-2747 / MyKasih: 03-7720 1800
Langkah semakan penuh seperti berikut:
SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026 SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu âSemakan Permohonanâ
- Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026 MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik âSEMAK KELAYAKANâ
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang âSemakan Statusâ
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semakan status kelayakan SARA Bulanan 2026
- Tarikh bayaran
- Semakan baki bantuan SARA Bulanan 2026

SEMAKAN SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Bagi pengguna MyGOV Malaysia, semakan SARA 2026 boleh dibuat dengan menggunakan MyDigital ID yang sah. Pengguna perlu mendaftar akaun MyGOV terlebih dahulu. Panduan ringkasnya seperti di bawah:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semak Bantuan Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik SARA MyKasih.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan SARA Bulanan 2026 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

CHECK BAKI KREDIT BULANAN SARA
Penerima boleh menyemak baki kredit SARA bulanan 2026 dalam MyKad melalui beberapa saluran rasmi seperti berikut:
- Semakan melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki bulanan akan dipaparkan

- Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Semakan melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
- Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN SARA GUNA MYKAD
Penggunaan bantuan SARA MyKasih dilakukan di kedai dan pasar raya terpilih. Langkah pembelian seperti berikut:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Bantuan hanya boleh digunakan oleh penerima berdaftar sahaja.
Penerima perlu membuat penggantian MyKad segera di JPN.
Tidak. Hanya kedai panel MyKasih yang dibenarkan menerima bayaran.
Tidak. Kelayakan akan dinilai semula berdasarkan data semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi SARA Bulanan Dalam MyKad 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/