DUIT BAYARAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH BANTUAN & STATUS BAYARAN BAGI PENERIMA YANG LAYAK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diteruskan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Melalui bantuan ini, penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mengikut kategori dan kelayakan masing-masing.
Artikel ini menghuraikan cara semakan status, jumlah duit bayaran, syarat kelayakan serta panduan penting berkaitan STR 2026.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Bagi memastikan duit bayaran disalurkan secara adil, kelayakan STR 2026 masih berasaskan kriteria sedia ada dengan beberapa penambahbaikan. Syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Makluman: Pemohon bujang yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit barangan keperluan.
BILA TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 1?
Bayaran duit STR 2026 tidak dibuat sekali gus, sebaliknya diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi Fasa 1, bayaran duit STR 2026 telah dikreditkan mengikut tarikh berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | BERMULA 20 JANUARI 2026 |

DUIT BAYARAN STR 2026
Jumlah duit bantuan yang diterima tidak sama bagi setiap penerima kerana ia bergantung kepada kategori dan kelayakan masing-masing. Perincian jumlah duit bayaran STR 2026 bagi Fasa 1 adalah seperti berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

BAGAIMANA DUIT BAYARAN STR 2026 DIAGIHKAN?
Bantuan STR 2026 diagihkan melalui beberapa kaedah rasmi:
💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.
🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’
- Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BAGAIMANA CARA SEMAK DUIT BAYARAN STR 2026?
Pemohon boleh membuat semakan status melalui:
- Portal bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline BKK: 1-800-88-2747
Semakan boleh dibuat untuk mengetahui status kelulusan, fasa bantuan dan maklumat bayaran duit STR 2026. Semakan terperinci seperti berikut:
SEMAK DUIT BAYARAN STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

SEMAK DUIT BAYARAN STR 2026 MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal STR, semakan duit bayaran STR 2026 juga boleh dibuat melalui MyGOV Malaysia dengan syarat pemohon mempunyai akaun MyDigital ID yang aktif. Pengguna perlu log masuk sebelum mengakses maklumat bantuan. Berikut adalah panduan mudah:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semakan STR 2026 Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik STR.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

AKAUN BAHARU MYSTR
Pemohon baharu dan penerima sedia ada digalakkan memiliki akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan dan semakan duit bayaran STR 2026. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR dengan mengisi maklumat peribadi yang lengkap dan sah. Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

STR 2026 PERMOHONAN BAHARU
Bagi pemohon yang belum pernah memohon sebelum ini, permohonan baharu STR 2026 Fasa 2 dibuka dari 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Langkah mudah permohonan baru STR 2026 secara online dan manual adalah seperti di bawah:

STR 2026 PERMOHONAN BARU SECARA ONLINE
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:
PERMOHONAN BARU STR 2026 SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
- Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT STR
Bagi mengelakkan masalah kelulusan dan kelewatan bayaran, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi secara berkala melalui akaun MySTR.
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

RAYUAN BANTUAN STR 2026
Kerajaan turut membuka tempoh rayuan khas bagi pemohon yang tidak lulus permohonan sebelum ini. Rayuan boleh dibuat melalui portal STR dalam tempoh yang ditetapkan selepas keputusan diumumkan. Berikut butirannya:
| TARIKH RAYUAN STR 2026 |
|---|
| Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026 |

Rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak semestinya. Penerima sedia ada hanya perlu mengemas kini maklumat jika terdapat perubahan.
Boleh, tetapi perlu mengemukakan dokumen sokongan lain sebagai bukti pendapatan.
Ya, jika memenuhi syarat pendapatan isi rumah yang ditetapkan.
Bayaran mungkin ditangguhkan atau disalurkan melalui kaunter BSN.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Duit Bayaran STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/