BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAGI BAYARAN RM200 SETIAP BULAN

BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAGI BAYARAN RM200 SETIAP BULAN

Bantuan eKasih dalam MyKad melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih. Melalui bantuan ini, penerima layak menerima kredit bulanan sehingga RM200 yang disalurkan terus ke dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas. Pelaksanaan sistem tanpa tunai ini bertujuan memastikan bantuan digunakan secara berhemah serta sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Ikuti info lanjut di bawah ini.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD?

Kelayakan penerima Bantuan eKasih dalam MyKad atau SARA 2026 ditetapkan berdasarkan beberapa kriteria asas bagi memastikan bantuan diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara syarat utama kelayakan adalah seperti yang diperincikan dalam senarai berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD?

Penerima yang layak boleh membuat semakan status Bantuan eKasih dalam MyKad secara atas talian melalui Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA di sara.gov.my. Untuk sebarang pertanyaan, penerima juga boleh menghubungi Hotline STR 1-800-88-2747 atau MyKasih 03-7720 1800. Panduan lengkap semakan adalah seperti yang diterangkan di bawah:

SEMAK BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD

SEMAK BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semakan status kelayakan SARA Bulanan 2026
    • Tarikh bayaran
    • Semakan baki bantuan SARA Bulanan 2026
BAGAIMANA CARA SEMAK BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD

BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD SEMAK MELALUI MYGOV MALAYSIA

Bagi semakan melalui platform MyGOV Malaysia, pengguna perlu mendaftar dan log masuk menggunakan MyDigital ID yang sah terlebih dahulu. Setelah berjaya log masuk, maklumat bantuan boleh diakses dengan mudah. Berikut panduan secara ringkas:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bantuan Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan SARA Bulanan 2026 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH 2026?

Melalui program SARA MyKasih 2026, penerima kategori eKasih yang layak akan menerima kredit bantuan sehingga RM200 bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Butiran jumlah penuh bantuan adalah seperti diperincikan di bawah:

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH 2026
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA EKASIHJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2400 setahun
(RM200 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1800 setahun
(RM150 sebulan)
BUJANGRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH 2026
Jumlah Bantuan SARA eKasih

PENGHARGAAN SARA

  • Inisiatif SARA turut menyediakan bayaran tambahan RM100 secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang layak, bermula 9 Februari 2026.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH 2026

BILA BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD DIAGIHKAN?

Pelaksanaan bayaran Bantuan eKasih dalam MyKad dibuat mengikut jadual agihan yang telah ditetapkan bagi setiap kategori penerima. Berikut butirannya:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang
BILA BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD DIAGIHKAN

CARA GUNA BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

Penggunaan bantuan dilakukan dengan memilih barangan yang diluluskan di kedai terpilih dan menggunakan MyKad di kaunter pembayaran bagi tujuan pengesahan. Panduan ringkas pembelian adalah seperti berikut.

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN

CHECK BAKI KREDIT BANTUAN

Penerima boleh menyemak baki kredit SARA eKasih melalui beberapa saluran rasmi yang telah disediakan bagi memudahkan pemantauan penggunaan bantuan. Perincian kaedah semakan adalah seperti berikut:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
CHECK BAKI KREDIT BANTUAN
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Siapakah yang layak menerima bantuan eKasih dalam MyKad?

Golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam sistem eKasih serta memenuhi syarat kelayakan SARA layak menerima bantuan ini.

Adakah perlu membuat permohonan baharu setiap tahun?

Kelayakan akan dinilai berdasarkan data terkini dalam sistem eKasih dan STR.

Bolehkah bantuan ini dikeluarkan dalam bentuk tunai?

Tidak. Bantuan disalurkan dalam bentuk kredit MyKad dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan.

Apakah jenis barangan yang boleh dibeli?

Penerima hanya boleh membeli barangan asas seperti makanan, minuman, barangan dapur dan keperluan harian yang diluluskan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan eKasih Dalam MyKad ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment