BANTUAN STR FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS, PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

BANTUAN STR FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS, PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

Bantuan STR 2026 terus menjadi antara inisiatif utama kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Melalui pelaksanaan yang lebih tersusun, bantuan ini disalurkan secara bersasar bagi memastikan setiap penerima yang layak mendapat sokongan kewangan yang sewajarnya.

Artikel ini menghimpunkan panduan lengkap berkaitan semakan STR Fasa 2 2026, permohonan baharu, proses kemaskini serta maklumat penting yang perlu diberi perhatian.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026?

Bagi memastikan bantuan disalurkan secara adil dan tepat sasaran, kelayakan STR 2026 masih berpandukan kriteria sedia ada dengan beberapa penambahbaikan. Berikut adalah syarat-syaratnya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Makluman: Pemohon bujang yang memenuhi kelayakan akan menerima Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit pembelian barangan keperluan asas.

BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 FASA 2?

Jumlah bantuan yang diterima bagi setiap pemohon adalah berbeza mengikut kategori kelayakan seperti isi rumah, warga emas dan bujang. Bagi Fasa 2, jumlah bantuan masih belum diumumkan. Maklumat terkini akan dikemaskini semula. Perincian jumlah penuh Bantuan STR 2026 & Fasa 1 adalah seperti berikut:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH BANTUAN STR 2026 FASA 2

BAGAIMANA CARA STR 2026 DIBAYAR?

Bayaran Bantuan STR Fasa 2 2026 disalurkan melalui beberapa kaedah utama. Perinciannya seperti berikut:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

BILA TARIKH BANTUAN STR 2026 FASA 2?

Bayaran STR tidak disalurkan sekali gus, sebaliknya diagihkan secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi Fasa 2, pembayaran akan dikreditkan mengikut tarikh rasmi yang akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Untuk Fasa 1, bayaran STR 2026 telah dikreditkan mengikut tarikh berikut:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH BANTUAN STR 2026 FASA 2

SEMAKAN BANTUAN STR FASA 2 2026

Pemohon yang layak boleh menyemak status STR Fasa 2 2026 melalui:

  • Portal Rasmi STR: bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hotline BKK: 1-800-88-2747

Langkah lengkap untuk membuat semakan status Bantuan STR Fasa 2 2026 seperti berikut:

SEMAKAN BANTUAN STR FASA 2 2026 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 1 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
SEMAKAN BANTUAN STR FASA 2 2026

BANTUAN STR FASA 2 2026 SEMAKAN MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal STR, semakan juga boleh dilakukan melalui platform MyGOV Malaysia dengan syarat pemohon telah mendaftar MyDigital ID. Kaedah ini memberi alternatif lebih selamat dan bersepadu kepada pengguna. Panduan mudah seperti di bawah:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Bantuan STR Fasa 2 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
BAGAIMANA CARA SEMAK DUIT BAYARAN STR 2026

PENDAFTARAN AKAUN MYSTR ONLINE

Pemohon baharu dan penerima sedia ada amat digalakkan untuk memiliki akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan, semakan status serta kemaskini maklumat. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
PENDAFTARAN AKAUN MYSTR ONLINE

BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN BAHARU

Bagi individu atau isi rumah yang belum pernah memohon sebelum ini, permohonan baharu Bantuan STR Fasa 2 2026 dibuka mulai 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Pemohon perlu memastikan semua maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan diisi dengan lengkap serta tepat bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses semakan kelayakan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau manual mengikut kaedah yang disediakan.

BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN BAHARU

BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN BAHARU SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
BANTUAN STR 2026 PERMOHONAN BAHARU

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BAHARU BANTUAN STR 2026 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

PROSES RAYUAN BANTUAN STR 2026 DIBUKA

Bagi pemohon yang tidak berjaya, kerajaan turut membuka tempoh rayuan khas. Rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi dalam tempoh yang ditetapkan untuk pertimbangan semula kelayakan.

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
PROSES RAYUAN BANTUAN STR 2026 DIBUKA

Rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

PROSES RAYUAN BANTUAN STR 2026 DIBUKA

CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR

Bagi mengelakkan masalah kelulusan atau kelewatan bayaran, pemohon disarankan mengemas kini maklumat peribadi secara berkala. Proses kemaskini boleh dilakukan melalui akaun MySTR dengan mengemaskini maklumat pendapatan, alamat, akaun bank dan tanggungan. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah permohonan STR akan dibuka setiap tahun?

Ya, permohonan biasanya dibuka setiap tahun tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan.

Bolehkah saya mohon jika tiada akaun bank?

Boleh. Bayaran boleh dibuat melalui kaunter BSN sekiranya tiada akaun bank aktif.

Jika tersalah isi maklumat, bolehkah diperbetulkan?

Ya, pembetulan boleh dibuat melalui fungsi kemaskini MySTR.

Berapa lama proses kelulusan biasanya mengambil masa?

Tempoh pemprosesan bergantung kepada jumlah permohonan dan semakan dokumen.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan STR Fasa 2 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment