RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA (RMSMJ) 2026 – KELAYAKAN & PERMOHONAN

RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA (RMSMJ) 2026 – KELAYAKAN & PERMOHONAN

Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ) ialah inisiatif perumahan di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya yang bertujuan membantu rakyat Sabah memiliki kediaman asas yang selamat dan selesa. Program ini memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah, mangsa bencana serta individu yang tidak mempunyai rumah sendiri, dengan pelaksanaan secara berperingkat mengikut kawasan dan peruntukan semasa.

Info penuh yang berkaitan telah disusun di bawah.

BACA JUGA: BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0

APA ITU RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA (RMSMJ)?

Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ) merupakan program bantuan perumahan kerajaan negeri Sabah yang dilancarkan pada 28 September 2022. Program ini melibatkan pembinaan rumah menggunakan teknologi IBS dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2021–2025, melibatkan pelaksanaan di puluhan kawasan DUN Sabah dengan kerjasama pelbagai pihak berkuasa tempatan.

OBJEKTIF & CIRI RUMAH RMSMJ

Pelaksanaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ) adalah selari dengan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah melalui pemilikan rumah yang lebih baik. Antara objektif utama program ini termasuk:

  • Membantu golongan e-Kasih, OKU, mangsa bencana, pemilik rumah daif dan mereka yang tidak memiliki rumah sendiri tertakluk kepada syarat ditetapkan.
  • Meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Sabah.
  • Memastikan kualiti hidup dan keselamatan keluarga penerima berada pada tahap lebih baik.
  • Dari segi ciri, rumah RMSMJ dibina sebagai rumah asas yang praktikal dan sesuai untuk kegunaan kediaman utama penerima:
    • 3 bilik tidur
    • 2 bilik air
    • Ruang tamu
    • Dapur
    • Beranda
    • Dibina menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS)
OBJEKTIF & CIRI RUMAH RMSMJ

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA 2026

Bagi memastikan bantuan disalurkan secara adil dan telus, pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama permohonan RMSMJ 2026 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
  • Mempunyai tanah (Tanah sendiri / Tanah milk keluarga / Tanah rizab kampung)

KRITERIA PEMOHON

  1. Berdaftar dalam sistem e-Kasih; atau
  2. Berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Am Negeri Sabah (PKANS); atau
  3. Mangsa bencana alam yang disahkan oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM); atau
  4. Tinggal di rumah daif dengan keadaan berikut:
    • Rumah usang yang merupakan kediaman utama dan tetap
    • Rumah tidak selamat untuk didiami
    • Kos baik pulih rumah melebihi RM15,000
  5. Tidak memiliki rumah sendiri; dan
  6. Tergolong dalam golongan B40 kategori B1, dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM2,500 berdasarkan takrif semasa pihak berkuasa; serta
    • Menumpang di rumah keluarga atau saudara-mara; atau
    • Menyewa bilik atau ruang sebagai tempat tinggal sementara
  7. Keutamaan permohonan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR)

Nota: Permohonan bagi kriteria 1 hingga 5 perlu dimuktamadkan melalui Mesyuarat Focus Group Daerah (FGD) yang melibatkan pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah berkaitan.

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA 2026

BAGAIMANA CARA PERMOHONAN RMSMJ 2026?

Permohonan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya dibuat melalui saluran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Sabah. Secara ringkas, proses permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon mendapatkan maklumat dan borang permohonan RMSMJ.
    • Muat turun borang permohonan di sini.
  • Mengisi borang permohonan dengan maklumat lengkap dan tepat.
  • Melampirkan semua dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Mengemukakan permohonan kepada pejabat atau saluran yang ditetapkan.
  • Permohonan akan disemak dan dinilai oleh pihak berkuasa berkaitan sebelum dibawa ke peringkat kelulusan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Bagi melancarkan proses permohonan dan penilaian Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan KIR dan AIR (disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 9 dan ke atas).
  • Salinan surat beranak pemohon.
  • Salinan surat beranak ibu / bapa pemohon.
  • Salinan kad pengenalan dan surat beranak anak-anak / tanggungan.
  • Salinan surat nikah / cerai / kematian pasangan (jika berkaitan).
  • Borang Pengesahan dan Akuan Penerima Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
  • Slip gaji / pengesahan pendapatan (disahkan oleh Majikan) / Surat Akuan Pendapatan (UPPM/JKKK/Ketua Kampung) – Pemohon dan pasangan.
  • Salinan kad OKU dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah.
  • Gambar rumah sedia ada (bagi pemohon kriteria rumah daif dan bencana).
  • Salinan geran tanah.
  • Borang Kebenaran Menggunakan Tanah Milik / Rizab kampung (Surat kebenaran daripada pemegang amanah iaitu Ketua kampung atau Ketua Daerah atau Mahkamah Anak Negeri) -(Jika berkaitan).

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah bantuan RMSMJ ini diberikan dalam bentuk wang tunai?

Tidak. Bantuan disalurkan melalui pembinaan rumah, bukan bayaran tunai.

Perlukah pemohon memiliki tanah sendiri?

Keperluan tanah tertakluk kepada syarat pelaksanaan dan keputusan pihak berkuasa.

Adakah mangsa bencana layak memohon RMSMJ?

Ya, tertakluk kepada pengesahan rasmi oleh agensi berkaitan.

Berapa lama tempoh proses kelulusan permohonan?

Tempoh berbeza mengikut daerah, peruntukan dan proses semakan.

Adakah rumah RMSMJ boleh dijadikan aset untuk dijual?

Penggunaan rumah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Adakah program ini dilaksanakan setiap tahun?

Pelaksanaan bergantung kepada peruntukan dan perancangan kerajaan negeri.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Rumah Mesra Sabah Maju Jaya ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment