BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS 2026 : KELAYAKAN, JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN

BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS 2026 : KELAYAKAN, JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN

Bantuan SARA Bulanan Warga Emas 2026 diperkenalkan bagi meringankan kos sara hidup golongan berusia yang layak, khususnya dalam memenuhi keperluan asas harian. Inisiatif ini disalurkan melalui sistem tanpa tunai menggunakan MyKad dan boleh digunakan di premis terpilih di bawah program MyKasih

Artikel ini menghimpunkan maklumat berkaitan kelayakan, jumlah bantuan serta jadual bayaran bagi kategori warga emas.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS?

Kelayakan SARA Warga Emas 2026 ditetapkan berdasarkan beberapa kriteria utama bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah yang benar-benar memerlukan. Antara syarat kelayakan yang digunakan adalah seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah (Jika warga emas dalam isi rumah):
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah (RM2,500 ke bawah & RM2,501-RM5,000).
    • Penerima STR 2026 kategori ini.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan:
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan isi rumah bulanan RM5,000 ke bawah.
    • Penerima STR 2026 kategori ini.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS 2026?

Melalui program SARA MyKasih, penerima warga emas layak menerima kredit bantuan bulanan sehingga RM150 bergantung kepada kategori kelayakan yang ditetapkan. Butiran jumlah penuh bantuan adalah seperti yang diperincikan di bawah:

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS 2026
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA JUMLAH KESELURUHAN
(RM)
KADAR BULANAN
(RM)
Warga Emas (Pendapatan <RM2,500)60050
Warga Emas Miskin Tegar (eKasih)1,800150
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS 2026
Jumlah Bantuan SARA eKasih

PENGHARGAAN SARA

  • Kerajaan turut menyalurkan bantuan tambahan RM100 secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui inisiatif SARA, yang mula diagihkan bermula 9 Februari 2026.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS 2026

BILA TARIKH SARA BULANAN WARGA EMAS DIBAYAR?

Pembayaran bantuan SARA bagi tahun 2026 dibuat mengikut jadual agihan yang ditetapkan oleh kerajaan mengikut kategori penerima. Berikut merupakan perincian tarikh pembayaran SARA 2026 bagi kategori warga emas:

🗓️ TARIKH BAYARAN SARA WARGA EMAS
Mulai 9 Januari 2026
BILA TARIKH SARA BULANAN WARGA EMAS DIBAYAR

CARA GUNA BANTUAN SARA BULANAN DALAM MYKAD

Penggunaan bantuan SARA MyKasih bagi warga emas dilakukan dengan memilih barangan keperluan asas yang diluluskan dan menggunakan MyKad di kaunter pembayaran untuk tujuan pengesahan. Cara ringkas pembelian adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA BANTUAN SARA BULANAN DALAM MYKAD

SEMAK STATUS BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS

Penerima warga emas yang layak boleh membuat semakan status bantuan SARA 2026 secara atas talian melalui Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA di sara.gov.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, penerima juga boleh menghubungi Hotline STR 1-800-88-2747 atau MyKasih di talian 03-7720 1800. Panduan lengkap semakan adalah seperti berikut:

SEMAK STATUS BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
SEMAK STATUS BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS

SEMAK STATUS BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran
    • Semak baki bantuan
SEMAK STATUS BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS

BANTUAN SARA BULANAN WARGA EMAS SEMAK STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, semakan status Bantuan SARA Warga Emas 2026 juga boleh dibuat melalui MyGOV Malaysia dengan syarat pengguna telah mendaftar dan log masuk menggunakan MyDigital ID yang sah. Langkah ringkas semakan adalah seperti di bawah:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bantuan Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI SARA BULANAN?

Bagi memudahkan pemantauan penggunaan bantuan, penerima warga emas boleh menyemak baki kredit SARA MyKasih melalui beberapa saluran rasmi yang telah ditetapkan. Perincian kaedah semakan baki adalah seperti berikut:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
APLIKASI MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah warga emas yang tinggal bersama keluarga masih layak menerima SARA?

Kelayakan dinilai berdasarkan pendapatan dan status yang direkodkan dalam sistem bantuan, bukan semata-mata berdasarkan tempat tinggal.

Perlukah warga emas membuat permohonan baharu setiap tahun?

Penerima sedia ada akan dinilai semula secara automatik berdasarkan data terkini dalam sistem.

Bolehkah waris membuat semakan bagi pihak warga emas?

Semakan boleh dibantu oleh waris, namun akses akaun dan maklumat peribadi tertakluk kepada kebenaran pemilik.

Adakah bantuan ini menjejaskan bantuan kebajikan lain?

SARA merupakan bantuan bersasar dan tidak secara automatik menjejaskan bantuan lain, bergantung kepada jenis bantuan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan SARA Bulanan Warga Emas ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment