BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM600
Program Bantuan Sabah Prihatin 4.0 atau lebih dikenali sebagai SYUKUR Sabah adalah inisiatif kerajaan negeri Sabah untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan B40 dan yang memerlukan di negeri tersebut. Bantuan ini disalurkan secara berperingkat dalam fasa-fasa yang melibatkan bayaran RM600 setiap fasa kepada penerima yang layak..
Info dalam artikel ini akan bantu anda memahami siapa layak, bagaimana semakan dibuat, jumlah bayaran serta cara penerimaan bayaran.
BACA JUGA: BANTUAN SARA MYKASIH 2026
APA ITU BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 (SYUKUR SABAH)?
Program SYUKUR Sabah atau Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Sabah yang memenuhi syarat kelayakan. Setiap fasa bayaran akan melibatkan wang tunai sebanyak RM600 kepada penerima yang layak. Bantuan ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah atau yang terjejas kos sara hidup, dengan tujuan meringankan beban kewangan mereka.

SYARAT KELAYAKAN
Individu yang layak menerima Bantuan Sabah Prihatin 4.0 ini perlu memenuhi syarat asas berikut:
SYARAT ASAS
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia.
- Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
- Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
- Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih; atau
- Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).
SYARAT KHAS MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
- B40 (pendapatan < RM1,218)
- Layak untuk ketua isi rumah dan pasangan, atau ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas.
- M40 (pendapatan RM1,219–RM2,742)
- Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak.
BILA TARIKH BANTUAN DIKREDITKAN?
Penyaluran bantuan bagi Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2026 telah dilaksanakan bermula 11 Mac 2026 melalui kaedah pemindahan wang secara dalam talian (online bank-in) ke akaun penerima yang layak.

Dimaklumkan bahawa agihan bantuan SYUKUR Fasa 1 secara tunai atau cek kepada penerima yang layak dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 25 Mac 2026. Penerima boleh membuat tuntutan di mana-mana cawangan Sabah Credit Corporation (SCC) yang berhampiran.

Sehubungan itu, penerima digalakkan untuk membuat semakan status pembayaran sama ada melalui portal rasmi SYUKUR atau dengan menyemak akaun bank yang telah didaftarkan.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 DIAGIHKAN?
Bayaran Bantuan Sabah Prihatin dibuat setiap 3 bulan sekali dan dikreditkan terus ke akaun penerima. Berikut butirannya:
| FASA | TEMPOH | TARIKH | JUMLAH |
|---|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Mac | 11 Mac 2026 | RM600 |
| Fasa 2 | April – Jun | Akan dikemaskini | RM600 |
| Fasa 3 | Julai – September | Akan dikemaskini | RM600 |
| Fasa 4 | Oktober – Disember | Akan dikemaskini | RM600 |
BAGAIMANA CARA BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 DISALURKAN?
Bantuan ini lazimnya diagihkan melalui tiga cara pembayaran bagi memudahkan penerima yang layak, berdasarkan pelaksanaan tahun 2025. Berikut adalah perinciannya:
- Dikreditkan terus ke akaun bank penerima
- Tunai di kaunter bank (bagi yang tiada akaun bank)
- Dikreditkan ke e-Wallet (YONO Superapp)
Perhatian: Kaedah agihan sebenar adalah tertakluk kepada ketetapan semasa kerajaan negeri. Pendekatan pelbagai kaedah ini memudahkan semua golongan penerima menerima bantuan tanpa halangan.
SEMAK STATUS BANTUAN
Penerima bantuan disediakan dua pilihan untuk menyemak status secara dalam talian, iaitu melalui laman web rasmi syukur.sabah.gov.my atau aplikasi YONO Superapp. Panduan semakan status bantuan adalah seperti berikut:
SEMAK BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
- Klik “Semakan Permohonan”
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
- Tekan butang Semak
- Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.

SEMAK BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 MELALUI APLIKASI
- Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
- Log masuk atau daftar akaun.
- Pilih menu Bantuan SYUKUR.
- Status bayaran & baki akan terpapar.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Semakan memerlukan nombor MyKad tanpa sengkang (-).
Status ‘H’ adalah kategori kad pengenalan yang menunjukkan pemastautin tetap di Sabah.
Tidak. Ia tertakluk kepada kelayakan miskin, miskin tegar atau pendapatan di bawah PGK.
Tarikh bayaran biasanya dimaklumkan melalui SMS kepada penerima layak.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Sabah Prihatin 4.0 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah: https://padans.sabah.gov.my
- Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah: https://smj.sabah.gov.my
- Hotline SYUKUR Sabah: 088 338 338
- Talian Whatsapp: 010-5828207