BANTUAN SARA MYKASIH 2026 : SEMAK JUMLAH & TARIKH BAYARAN

BANTUAN SARA MYKASIH 2026 : SEMAK JUMLAH & TARIKH BAYARAN

Bantuan Sara MyKasih 2026 merupakan inisiatif tanpa tunai yang disalurkan terus ke dalam MyKad bagi membantu golongan B40 menguruskan keperluan harian dengan lebih stabil. Melalui program ini, penerima layak boleh membeli barangan asas di kedai terpilih menggunakan sistem MyKasih tanpa perlu memegang wang tunai. Tahun 2026 menyaksikan pengekalan serta penambahbaikan semakan kelayakan bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada isi rumah yang memerlukan.

Panduan ini menghimpunkan maklumat penting berkaitan semakan, jumlah bayaran dan tarikh pengkreditan bagi bantuan SARA MyKasih 2026.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2026?

Kelayakan ditentukan berdasarkan data pendapatan dan rekod eKasih / sistem kerajaan. Hanya isi rumah yang benar-benar berada dalam kategori B40 dipertimbangkan. Antara syaratnya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BILA TARIKH BAYARAN DIKREDITKAN DALAM MYKAD?

Tarikh rasmi bayaran Bantuan SARA MyKasih 2026 masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan. Orang ramai disarankan untuk merujuk portal STR dan MyKasih dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini.

BILA TARIKH BAYARAN DIKREDITKAN DALAM MYKAD

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2026 YANG DIAGIHKAN?

Jumlah bayaran dikreditkan setiap bulan mengikut kategori kelayakan penerima. Berikut adalah butirannya:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Perhatian: Penerima kategori miskin atau miskin tegar eKasih bagi isi rumah serta warga emas tiada pasangan layak menerima tambahan bantuan SARA sebanyak RM600 bagi bujang dan RM1200.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2026 YANG DIAGIHKAN

PENGHARGAAN SARA RM100

  • Pemberian one-off RM100 kepada rakyat berumur 18 tahun ke atas akan disalurkan di bawah inisiatif SARA 2026 pada pertengahan Februari.
  • Inisiatif ini memberi manfaat kepada 22 juta rakyat Malaysia dewasa.
  • Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM15 bilion bagi pelaksanaan STR dan SARA hasil penjimatan subsidi.
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2026 YANG DIAGIHKAN

BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2026?

Layari Portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau SARA (https://sara.gov.my) untuk semak status Bantuan SARA MyKasih 2026. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut langkah semakan yang perlu diikuti:

SEMAK MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN PORTAL MYSTR

SEMAK MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN PORTAL MYKASIH

PERMOHONAN BANTUAN SARA MYKASIH

Tiada permohonan baru diperlukan untuk Bantuan SARA MyKasih 2026 kerana bantuan ini diproses berdasarkan data STR. Oleh itu, individu yang layak perlu membuat permohonan STR terlebih dahulu. Langkah-langkah permohonan STR adalah seperti di bawah ini:

Permohonan Online

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan Manual (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan.
    • Sijil nikah atau surat cerai.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

*Bagi penerima STR 2025/2026, data anda akan disemak secara automatik oleh MOF dan KPDN. Jika didapati layak, anda akan didaftarkan terus sebagai penerima SARA MyKasih tanpa perlu membuat permohonan baru.

CARA GUNA SARA MYKASIH UNTUK BELI BARANG

Cara pembelian barangan SARA MyKasih hanya perlu menggunakan MyKad. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA SARA MYKASIH UNTUK BELI BARANG

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bolehkah bantuan ini ditukar kepada wang tunai?

Tidak boleh, ia hanya untuk pembelian barangan asas.

Apa berlaku jika MyKad rosak?

Penerima perlu membuat MyKad baharu sebelum transaksi boleh diteruskan.

Adakah bantuan ini boleh digunakan di kedai online?

Tidak, ia hanya boleh digunakan di kedai fizikal berdaftar.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan SARA MyKasih 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment