PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA SKALA (TUBE-S) 2026 : SERTAI LATIHAN INTENSIF & TERIMA GERAN PERNIAGAAN

PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA SKALA (TUBE-S) 2026 : SERTAI LATIHAN INTENSIF & TERIMA GERAN PERNIAGAAN

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA (TUBE-S) 2026 diwujudkan bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada belia bumiputera yang berminat memulakan atau mengembangkan perniagaan secara lebih tersusun. Melalui program ini, peserta bukan sahaja mengikuti latihan perniagaan secara intensif, malah berpeluang menerima geran permulaan serta pemantauan berterusan bagi membantu perniagaan yang dibangunkan menjadi lebih mampan dan berdaya saing.

Info lanjut telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: BANTUAN PERNIAGAAN MADANI

APA PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA SKALA (TUBE-S) 2026?

Program TUBE-S 2026 memberi peluang kepada belia bumiputera untuk:

  • Mengikuti kursus perniagaan secara berstruktur
  • Menerima sokongan geran permulaan
  • Dibimbing melalui pemantauan dan penilaian prestasi
  • Pendekatan ini bertujuan memastikan peserta bukan sekadar memulakan perniagaan, tetapi mampu mengurus dan mengekalkannya dalam jangka sederhana dan panjang.

Bagi memastikan keberkesanan program, pelaksanaan TUBE-S 2026 disusun dalam 2 fasa utama, iaitu:

FASA 1FASA 2
Bengkel Asas Keusahawanan (7 hari)
Peserta didedahkan kepada elemen asas perniagaan seperti jualan, pemasaran, kewangan, sumber manusia dan pendigitalan.
Bimbingan & Pemantauan (12 bulan)
Selepas latihan, peserta yang berjaya dibimbing dan dipantau oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik untuk mengukuhkan perniagaan masing-masing.

Program ini dibangunkan berdasarkan 3 elemen teras, iaitu:

  1. Latihan Keusahawanan Intensif
    • Bengkel selama 7 hari untuk mempelajari pengurusan perniagaan asas dan lanjutan.
  2. Geran Permulaan Perniagaan
    • Peserta layak dipertimbangkan untuk geran sehingga RM15,000 untuk kos permulaan.
  3. Khidmat Nasihat dan Pemantauan
    • Sokongan lanjutan melalui mentor / kaunselor untuk 12 bulan pertama perniagaan.

Nota: Peserta yang menerima geran di bawah Program TUBE-S 2026 bertanggungjawab meneruskan perniagaan yang dipersetujui. Sekiranya peserta memilih untuk tidak meneruskan perniagaan, jumlah geran yang diterima perlu dipulangkan sepenuhnya.

Antara objektif utama Program TUBE-S ialah:

  • Memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia bumiputera
  • Memberi anjakan paradigma dari pencari kerja kepada pemilik perniagaan sendiri
  • Membentuk daya tahan dan jati diri sebagai usahawan produktif

SIAPA LAYAK MOHON PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA SKALA?

Untuk memohon Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antaranya:

  • Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
  • Umur 18 – 30 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Perniagaan telah didaftarkan dengan SSM / Ordinan Negeri dan berdaftar kurang daripada 36 bulan
  • Telah jalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan sediakan bukti transaksi
  • Bersedia menanggung sekurang-kurangnya 10% kos sendiri daripada nilai geran
  • Mempunyai akaun semasa syarikat
  • Sihat tubuh badan dan mampu mengikuti latihan sepenuhnya
  • Tidak pernah menyertai TUBE sebelum ini
  • Tidak bekerja sektor awam/ swasta tetap atau sementara semasa memohon
  • Pemohon bebas masalah kewangan, rekod bank bersih dan tidak muflis
  • Pemohon bukan keluarga terdekat pegawai/ kakitangan SME Corp. Malaysia

BILA TARIKH PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA SKALA DIBUKA?

Permohonan TUBE-S 2026 dibuka mulai:

📅 22 Disember 2025 – 30 Januari 2026
⏰ 9 pagi – 5 petang (hari bekerja)

  • Permohonan hanya diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Sebarang permohonan yang dibuat sebelum atau selepas tarikh rasmi tidak akan dipertimbangkan.
  • Oleh itu, pemohon disarankan untuk menyemak tarikh penting dan membuat permohonan lebih awal.
BILA TARIKH PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA SKALA DIBUKA

BAGAIMANA CARA PERMOHONAN TUBE-S 2026?

Belia yang berminat bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA boleh membuat permohonan melalui sistem dalam talian rasmi SME Corp. Malaysia. Proses permohonan seperti berikut:

  1. Layari portal permohonan rasmi: https://mybpi.smecorp.gov.my/
  2. Buat Pendaftaran ID Pengguna sebagai TUBE.
  3. Isi borang dengan maklumat tepat dan lengkap.
  4. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup.
BAGAIMANA CARA PERMOHONAN TUBE-S 2026

Lihat Manual Pengguna permohonan Program TUBE-S di sini:

Senarai Semak Dokumen Wajib

Sebelum memulakan permohonan, pastikan dokumen berikut telah disediakan dalam format digital (PDF atau JPEG):

  • Surat Pengesahan Tamat Pengajian
    • (Wajib untuk graduan baru)
  • Salinan Kad Pengenalan
    • (Bahagian depan & belakang)
  • Maklumat Pendaftaran Perniagaan
    • (SSM atau Sijil Perniagaan)
  • Penyata Bank
    • (Akaun syarikat atau akaun peribadi yang ada rekod transaksi jualan)
  • Sijil Akademik / Sijil Kemahiran Tertinggi

Perhatian: Dokumen mestilah jelas dan lengkap bagi mengelakkan permohonan ditolak.

JENIS BANTUAN PROGRAM TUBE-S

Peserta yang layak menyertai program ini berpeluang menerima:

  • Latihan asas keusahawanan untuk menjalankan perniagaan
  • Peluang dipertimbangkan Geran Permulaan Perniagaan sehingga RM15,000 selepas tamat latihan
  • Khidmat nasihat & pemantauan perniagaan melalui:
    • Penyedia Perkhidmatan yang dilantik
    • Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia
  • Akses kepada bantuan tambahan agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat, Agro Bank dan agensi berkaitan lain untuk mengembangkan perniagaan

TEMPOH KELULUSAN GERAN PERNIAGAAN

Tempoh penyaluran geran bergantung kepada kelengkapan dokumen yang dihantar. Proses permohonan geran melibatkan:

  • Permohonan dalam talian di https://mybpi.smecorp.gov.my
  • Secara fizikal, dengan menghantar dokumen sokongan asal yang sama seperti dimuat naik dalam sistem MyBPI
  • Pemprosesan hanya bermula selepas semua dokumen diterima lengkap, dengan anggaran tempoh:
    • Urus Setia Program: sehingga 21 hari bekerja
    • Bahagian Kewangan & Akaun: sehingga 14 hari bekerja

Jadi, lagi cepat dokumen lengkap dihantar, lagi cepat proses geran dijalankan.

PERKARA PERLU DIBERI PERHATIAN

Beberapa perkara penting untuk belia yang ingin memohon Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA:

  • Fahami konsep program dan syarat kelayakan
  • Mohon awal-awal, sebab permohonan luar tarikh tak diterima.
  • Guna komputer/laptop untuk lebih lancar.
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja.
  • Email kena aktif & sah.
  • Lengkap semua soalan dengan info yang tepat & jujur sebelum tekan “Sah & Hantar”.
  • ❌ Tiada kemaskini selepas hantar.
  • 🖨️ Cetak bukti penerimaan untuk simpanan.
  • Tak ikut syarat? ❌ Tidak layak.
  • Info palsu? ❌ Permohonan dibatalkan terus.
  • Tak dapat panggilan dalam 3 bulan selepas tarikh tutup? Permohonan gagal.
  • SME Corp. boleh ubah, batal atau tambah syarat bila-bila masa.
  • Keputusan adalah muktamad, rayuan tak akan dilayan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah geran diberi secara automatik?

Geran tertakluk kepada kelulusan dan pematuhan syarat program.

Perlu ada perniagaan sedia ada untuk mohon?

Bergantung kepada ketetapan semasa program..

Apa berlaku jika maklumat tidak lengkap?

Permohonan berisiko ditolak atau lewat diproses.

Adakah program ini menjamin kejayaan perniagaan?

Tidak. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA ini adalah peluang pembelajaran dan sokongan.

Berapa lama tempoh pemantauan perniagaan?

Tempoh bergantung kepada pelaksanaan semasa program.

Adakah SME Corp. boleh ubah syarat?

Ya, pihak penganjur berhak membuat perubahan jika perlu.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment