JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAK AMAUN PENERIMA YANG LAYAK BAGI FASA 1
Bantuan tunai kerajaan terus menjadi tumpuan rakyat, khususnya apabila memasuki fasa awal tahun. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kembali dinantikan kerana ia memberi sokongan kewangan kepada isi rumah dan golongan yang layak. Bagi Fasa 1 STR 2026, ramai mula mencari maklumat berkaitan jumlah bayaran duit bantuan yang akan diterima, kategori penerima serta tarikh pembayaran.
Artikel ini menghimpunkan info penting untuk rujukan awal, berdasarkan pelaksanaan STR sebelum ini dan pengumuman rasmi yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026?
Bantuan STR 2026 diberikan kepada kategori penerima tertentu yang memenuhi syarat kelayakan semasa. Antara syarat-syaratnya:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Kategori bujang tidak layak menerima STR 2026 dan digantikan dengan Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 DIKREDITKAN?
Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 1 2026 masih belum diumumkan. Tarikh bayaran akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan.
Sebagai rujukan:
Bayaran STR Fasa 1 bagi tahun 2025 telah dikreditkan pada bulan Januari. Namun, tarikh bayaran STR 2026 berkemungkinan berbeza bergantung kepada keputusan semasa.
Oleh itu, penerima dinasihatkan untuk sentiasa memantau pengumuman rasmi.
JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Jumlah bayaran duit Bantuan STR Fasa 1 2026 akan diagihkan mengikut kategori penerima yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Perincian jumlah keseluruhan bayaran duit Bantuan STR 2026 yang akan diterima adalah seperti dalam jadual berikut:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |

BAGAIMANA CARA DAFTAR AKAUN MYSTR?
Bagi individu yang belum mempunyai akaun MySTR, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian. Proses pendaftaran ini penting untuk memastikan penerima tidak terlepas sebarang maklumat berkaitan STR. Langkah pendaftaran MySTR seperti di bawah:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SEMAK JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Semakan status & jumlah bayaran duit Bantuan STR 2026 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang). Langkah lengkap untuk semak status terkini & jumlah bayaran duit Bantuan STR 2026 adalah seperti berikut:
- Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
- Cetak atau Simpan Bukti.
- Selesai

CARA KEMASKINI MAKLUMAT
Bagi memastikan kelayakan bantuan tidak terjejas, pemohon disarankan untuk mengemas kini maklumat secara berkala, terutamanya jika berlaku perubahan. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

PERMOHONAN BANTUAN STR
Bagi pemohon yang layak tetapi belum pernah membuat permohonan STR, pendaftaran boleh dilakukan sepanjang tahun melalui portal MySTR. Langkah lengkap permohonan seperti yang disediakan:
- Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
- Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Kelayakan Fasa 1 bergantung kepada kategori dan keputusan semasa kerajaan.
Jumlah rasmi akan dimaklumkan melalui pengumuman kerajaan.
STR biasanya dibayar secara berperingkat mengikut fasa.
Tidak semestinya, bergantung kepada status dan keperluan kemas kini.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Jumlah Bayaran Duit Bantuan STR 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/