BANTUAN PERNIAGAAN MADANI : SUNTIKAN MODAL SEHINGGA RM20,000 UNTUK USAHAWAN BAHARU

BANTUAN PERNIAGAAN MADANI : SUNTIKAN MODAL SEHINGGA RM20,000 UNTUK USAHAWAN BAHARU

Ramai usahawan baharu di Malaysia kini berpeluang memulakan perniagaan dengan lebih yakin melalui Bantuan Perniagaan MADANI. Inisiatif ini memberi sokongan modal awal sehingga RM20,000 bagi membantu rakyat yang mahu memulakan langkah pertama dalam dunia keusahawanan. Skim ini bukan sekadar suntikan dana, tetapi dirangka untuk mengurangkan beban permulaan seperti pembelian peralatan, renovasi premis dan kos asas operasi. Jika anda berhasrat memulakan bisnes tahun 2026, bantuan ini antara peluang terbaik untuk diterokai.

Maklumat lanjut telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: GERAN AGROPRENEUR MUDA 2025

APA ITU BANTUAN PERNIAGAAN MADANI?

Bantuan Perniagaan Madani atau MADANI Mula Niaga ini merupakan skim sokongan modal oleh BSN untuk membantu individu memulakan perniagaan. Berikut perinciannya:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Fokus kepada usahawan baharu / mikro
  • Sokongan modal permulaan bagi operasi dan keperluan perniagaan
  • Pembiayaan patuh Syariah
APA ITU BANTUAN PERNIAGAAN MADANI

TUJUAN PEMBIAYAAN

Dana Bantuan Perniagaan MADANI ini boleh digunakan untuk:

  • Membiayai modal pusingan
  • Pembelian peralatan & kelengkapan perniagaan
  • Pengubahsuaian premis asas untuk mula beroperasi
  • Menampung kos operasi awal
  • Memberi peluang rakyat menjana pendapatan sendiri

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat utama bagi memastikan pemohon benar-benar layak adalah seperti berikut:

  • Perusahaan mikro/kecil yang baru memulakan perniagaan secara formal dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan. 
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia. 
  • Bekerja sendiri termasuk profesional.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional). 
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan (berdasarkan kategori dan jenis perusahaan).

BERAPA JUMLAH PEMBIAYAAN BANTUAN PERNIAGAAN MADANI?

Jumlah pembiayaan bergantung kepada jenis perniagaan dan keperluan permulaan. Butirannya seperti dalam jadual di bawah:

PERKARAHURAIAN
Jumlah PembiayaanRM2,000 – RM20,000
Kadar Tetap3.50% – 4.00% setahun
Tempoh Pembiayaan1 hingga 3 tahun

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen asas yang diperlukan sebelum memohon Bantuan Perniagaan MADANI adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah (jika berkenaan). 
  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
  • Salinan Kad Pesara / Penyata Bayaran Pencen atau sebarang dokumen untuk membuktikan pemilik perniagaan adalah pesara dari sektor Kerajaan (badan beruniform). 
  • Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini. 
  • Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan. 
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

BAGAIMANA CARA BANTUAN PERNIAGAAN MADANI DIMOHON?

Permohonan Bantuan Perniagaan MADANI dibuat secara atas talian di Laman Rasmi BSN. Langkah permohonan penuh seperti berikut:

  1. Layari Laman Rasmi BSN: https://www.bsncheckin.com.my/MF/
  2. Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ cawangan utama negeri BSN
  3. Serah dokumen yang diperlukan.
  4. Pegawai akan menilai kelayakan & rancangan perniagaan.
  5. Jika lulus, pemohon akan dihubungi untuk tandatangan perjanjian pembiayaan.
  6. Pembiayaan akan dimasukkan ke akaun penerima.
BAGAIMANA CARA BANTUAN PERNIAGAAN MADANI DIMOHON

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah bantuan ini berbentuk geran?

Tidak. Ia adalah pembiayaan dengan kadar keuntungan rendah.

Perlu ada SSM?

Ya, SSM diperlukan untuk memohon.

Boleh guna dana untuk renovasi premis?

Ya, pembiayaan meliputi kos ubah suai premis.

Ada tempoh matang perniagaan sebelum memohon?

Tidak. Usahawan baharu juga layak.

Berapa lama proses kelulusan?

Mengikut penilaian dan semakan dokumen BSN.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bantuan Perniagaan MADANI ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment