CARA KEMASKINI STR 2026 : SEMAK PANDUAN LENGKAP SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR
Kemaskini STR 2026 dengan cara yang betul penting untuk memastikan maklumat penerima sentiasa tepat. Kesilapan atau data lama boleh menyebabkan permohonan tidak diproses, bayaran ditangguhkan atau nama tercicir daripada senarai bantuan. Oleh itu, semakan berkala melalui portal rasmi amat digalakkan agar setiap penerima kekal layak dan tidak terlepas mana-mana fasa pembayaran.
Ikuti penerangan lengkap di bawah tentang cara kemaskini STR 2026 agar permohonan berjalan lancar dan status bantuan kekal aktif.
BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?
Syarat kelayakan STR 2026 masih sama seperti tahun sebelumnya, namun ada sedikit perubahan bagi memastikan agihan bantuan lebih adil dan telus. Berikut perinciannya:
KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
*Tahun 2026 menyaksikan perubahan di mana kategori bujang tidak lagi termasuk dalam STR, sebaliknya bantuan akan diterima melalui SARA.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR 2026 YANG DIAGIHKAN?
STR 2026 mengekalkan struktur bayaran mengikut kategori penerima iaitu B40, M40, dan warga emas tanpa pasangan. Berikut ialah perincian jumlah bayaran:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 700 |
| 1-2 | 1200 |
| 3-4 | 1700 |
| >5 | 2200 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1-2 | 450 |
| 3-4 | 700 |
| >5 | 950 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| <RM5000 | 600 |
CARA PENDAFTARAN AKAUN BARU MYSTR
MySTR 2026 memerlukan semua penerima, termasuk yang pernah menerima STR sebelum ini, untuk daftar akaun semula. Ini bagi memastikan maklumat dan semakan dapat diakses tanpa gangguan. Berikut panduannya:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

BAGAIMANA CARA STR 2026 DIMOHON?
Permohonan STR 2026 boleh dibuat secara online melalui portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Panduan lengkap permohonan baru STR 2026 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
- Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pergi ke bahagian Permohonan :
- Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
- Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
- Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
- Maklumat individu akan dipaparkan :
- Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
- Lengkapkan maklumat peribadi :
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pergi halaman permohonan seterusnya :
- Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
- Pilih Status Perkahwinan :
- “Berkahwin”;
- “Bercerai”;
- “Bujang”;
- Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
- Lengkapkan maklumat pasangan :
- Sekiranya anda memilih status “Berkahwin”, isikan maklumat pasangan.
- Isikan maklumat anak (jika ada) :
- Masukkan nama dan nombor MyKid anak jika ada dan terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi.
- Muat naik dokumen sokongan :
- Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Masukkan maklumat waris :
- Maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
- Sahkan kod Captcha :
- Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
- Hantar borang permohonan :
- Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya :
- Bagi permohonan yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.

CARA KEMASKINI STR 2026
Kemaskini maklumat STR 2026 secara online bagi memastikan bantuan disalurkan berdasarkan maklumat terkini anda. Cara kemaskini STR 2026 boleh dilakukan di portal MySTR seperti langkah di bawah:
- Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA KEMASKINI STR 2026
Tidak wajib, tetapi digalakkan untuk memastikan semua maklumat masih tepat dalam sistem.
Permohonan boleh ditangguhkan, berisiko tidak layak atau tercicir bayaran.
Pendapatan isi rumah, status perkahwinan, bilangan tanggungan, alamat dan nombor telefon.
Ya, jika melibatkan perubahan besar seperti pendapatan, tanggungan, perceraian atau kematian pasangan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Kemaskini STR 2026 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/