PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE-S) 2026

PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE-S) 2026

Ramai belia bumiputera ada minat berniaga, tapi terhenti di satu tempat kerana modal, bimbingan dan hala tuju. Di sinilah peranan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA (TUBE-S) 2026 iaitu inisiatif Kerajaan Malaysia di bawah SME Corp. yang direka untuk menyokong belia bumiputera menceburi dan mengembangkan perniagaan secara berstruktur serta berdaya saing.

Ikuti kupasan lengkap artikel ini berkaitan objektif, fasa bantuan, cara permohonan & info penting berkaitan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera.

BACA JUGA: BANTUAN PERNIAGAAN MADANI

APA ITU PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE-S) 2026?

Program TUBE-S 2026 memberi peluang kepada belia bumiputera untuk menyertai satu kursus intensif perniagaan, menerima geran permulaan perniagaan dan sokongan pemantauan supaya perniagaan yang dimulakan lebih berdaya tahan.

Program ini menyusun pelaksanaannya dalam dua fasa penting:

FASA 1FASA 2
Bengkel Asas Keusahawanan (7 hari)
Peserta didedahkan kepada elemen asas perniagaan seperti jualan, pemasaran, kewangan, sumber manusia dan pendigitalan.
Bimbingan & Pemantauan (12 bulan)
Selepas latihan, peserta yang berjaya dibimbing dan dipantau oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik untuk mengukuhkan perniagaan masing-masing.

Tiga elemen utama Program TUBE:

  1. Latihan Keusahawanan Intensif
    • Bengkel selama 7 hari untuk mempelajari pengurusan perniagaan asas dan lanjutan.
  2. Geran Permulaan Perniagaan
    • Peserta layak dipertimbangkan untuk geran sehingga RM15,000 untuk kos permulaan.
  3. Khidmat Nasihat dan Pemantauan
    • Sokongan lanjutan melalui mentor / kaunselor untuk 12 bulan pertama perniagaan.

Nota: Peserta yang menerima geran tetapi memilih untuk tidak meneruskan perniagaan wajib memulangkan semula jumlah geran yang telah diterima.

Objektif Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera bertujuan untuk:

  • Memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia Bumiputera
  • Memberi anjakan paradigma dari pencari kerja kepada pemilik perniagaan sendiri
  • Membentuk daya tahan dan jati diri sebagai usahawan produktif

SIAPA LAYAK BUAT PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA?

Untuk layak membuat permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
  • Umur 18 – 30 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Perniagaan telah didaftarkan dengan SSM / Ordinan Negeri dan berdaftar kurang daripada 36 bulan
  • Telah jalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan sediakan bukti transaksi
  • Bersedia menanggung sekurang-kurangnya 10% kos sendiri daripada nilai geran
  • Mempunyai akaun semasa syarikat
  • Sihat tubuh badan dan mampu mengikuti latihan sepenuhnya
  • Tidak pernah menyertai TUBE sebelum ini
  • Tidak bekerja sektor awam/ swasta tetap atau sementara semasa memohon
  • Pemohon bebas masalah kewangan, rekod bank bersih dan tidak muflis
  • Pemohon bukan keluarga terdekat pegawai/ kakitangan SME Corp. Malaysia

JENIS BANTUAN PROGRAM TUBE

Peserta yang layak menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera akan menerima:

  • Latihan asas keusahawanan untuk menjalankan perniagaan
  • Peluang dipertimbangkan Geran Permulaan Perniagaan sehingga RM15,000 selepas tamat latihan
  • Khidmat nasihat & pemantauan perniagaan melalui:
    • Penyedia Perkhidmatan yang dilantik
    • Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia
  • Akses kepada bantuan tambahan agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat, Agro Bank dan agensi berkaitan lain untuk mengembangkan perniagaan

BILA TARIKH PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA DIBUKA?

Permohonan dibuka mulai:

📅 22 Disember 2025 – 30 Januari 2026
⏰ 9 pagi – 5 petang (hari bekerja)

Permohonan sebelum atau selepas tarikh ini tidak akan diterima.

BILA TARIKH PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA DIBUKA

PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA

Belia yang berminat boleh membuat permohonan melalui sistem dalam talian rasmi yang diumum oleh SME Corp. Malaysia. Langkah-langkahnya seperti di bawah:

  1. Layari portal permohonan rasmi: https://mybpi.smecorp.gov.my/
  2. Buat Pendaftaran ID Pengguna sebagai TUBE.
  3. Isi borang dengan maklumat tepat dan lengkap.
  4. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup.
PERMOHONAN TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA

Sila rujuk Manual Pengguna permohonan Program TUBE di sini:

Senarai Semak Dokumen Wajib (Sedia Awal-Awal!)

Sebelum mula isi permohonan, pastikan semua dokumen ni dah siap dalam bentuk digital (PDF atau JPEG) supaya proses mohon jadi lebih lancar.

  • Surat Pengesahan Tamat Pengajian
    • (Wajib untuk graduan baru)
  • Salinan Kad Pengenalan
    • (Bahagian depan & belakang)
  • Maklumat Pendaftaran Perniagaan
    • (SSM atau Sijil Perniagaan)
  • Penyata Bank
    • (Akaun syarikat atau akaun peribadi yang ada rekod transaksi jualan)
  • Sijil Akademik / Sijil Kemahiran Tertinggi

Perhatian: Pastikan dokumen jelas, lengkap dan boleh dibaca untuk elakkan permohonan ditolak.

TEMPOH KELULUSAN GERAN PERNIAGAAN

Tempoh penyaluran geran bergantung pada kelengkapan dokumen yang dihantar oleh peserta. Peserta perlu membuat permohonan geran melalui:

  • Dalam talian di https://mybpi.smecorp.gov.my
  • Secara fizikal, dengan menghantar dokumen sokongan asal yang sama seperti dimuat naik dalam sistem MyBPI
  • Pemprosesan hanya bermula selepas semua dokumen diterima lengkap, dengan anggaran tempoh:
    • Urus Setia Program: sehingga 21 hari bekerja
    • Bahagian Kewangan & Akaun: sehingga 14 hari bekerja

Ringkasnya, lagi cepat dokumen lengkap dihantar, lagi cepat proses geran berjalan.

PERINGATAN PENTING

Hey belia! Kalau nak mohon Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-S) 2026, ni beberapa benda penting yang korang kena tahu dulu:

  • Pastikan korang tahu konsep program ni & semua syarat kelayakan sebelum mohon.
  • Mohon awal-awal, sebab permohonan luar tarikh tak diterima.
  • Guna komputer/laptop untuk pengalaman lebih smooth.
  • Permohonan hanya sekali, jadi pastikan info betul.
  • Email kena aktif & sah.
  • Lengkap semua soalan dengan info yang tepat & jujur sebelum tekan “Sah & Hantar”.
  • ❌ Tiada kemaskini selepas hantar.
  • 🖨️ Cetak bukti penerimaan untuk simpanan.
  • Tak ikut syarat? ❌ Tidak layak.
  • Info palsu? ❌ Permohonan dibatalkan terus.
  • Tak dapat panggilan dalam 3 bulan selepas tarikh tutup? Permohonan gagal.
  • SME Corp. boleh ubah, batal atau tambah syarat bila-bila masa.
  • Keputusan adalah muktamad, rayuan tak akan dilayan.

Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-S) 2026 bukan janji kejayaan segera. Ia adalah peluang untuk belajar, mencuba dan membina asas yang lebih kukuh dalam dunia keusahawanan. Bagi belia yang serius mahu melangkah, program ini boleh menjadi titik mula yang bermakna.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa perbezaan TUBE-S dengan program TUBE biasa?

TUBE-S (SKALA) direka khusus untuk mempercepatkan (scale-up) pertumbuhan perniagaan. Fokusnya bukan sekadar memulakan perniagaan kecil-kecilan, tetapi memastikan model perniagaan tersebut mempunyai potensi untuk berkembang lebih besar, mampan, dan menggunakan teknologi digital.

Adakah TUBE-S 2026 dibuka setiap tahun?

Program ini dilaksanakan mengikut perancangan semasa kerajaan dan tidak semestinya dibuka setiap tahun.

Jika pernah gagal berniaga, boleh mohon?

Ya, kegagalan sebelum ini tidak semestinya menghalang permohonan.

Adakah permohonan TUBE-S berbayar?

Permohonan melalui saluran rasmi adalah percuma. Berhati-hati dengan pihak yang meminta bayaran.

Perlu ada perniagaan dahulu untuk mohon?

Tidak semestinya. Program ini juga terbuka kepada belia yang baru ingin bermula, tertakluk kepada syarat semasa.

Adakah geran diberi sebagai wang tunai terus ke akaun?

Geran diberikan melalui sistem tuntutan atau bayaran terus kepada pembekal untuk pembelian peralatan / stok, bukan tunai bebas guna.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment